Thursday, October 26, 2023

APAKAH MARANG BERMAIN WAYANG DALAM PARLIMEN?


WAYANG PAS 

Kita bagi fakta, macam mana PAS bela undang2 syariah ketika mereka berkuasa. 

1. Kes Iki Putra diputuskan pada tahun 2021. Ketika PAS jadi Kerajaan. Mahkamah Persekutuan buat keputusan untuk ketepikan Undang2 Syariah Negeri Selangor. Apa yang PAS buat masa tu? Nada. Ada ambil tindakan kepada Iki Putra? Ada nak buat pindaan undang2? Tiada, sebab syok berkuasa. 

2. RUU 355 untuk buat Undang2 Hudud di Malaysia, mereka peramkan saja. Presiden PAS bentang tahun 2016 lagi, tapi taknak bahas dan taknak undi. Sampai lah ke hari ni. 33 bulan pun tak nampak prioriti. Banyak berdalih. Nampak sangat hanya retorik politik.

3. Cabutan judi naik ke 22 kali dari 8 kali. Ketika Pas memerintah Malaysia. Ini bab yang ironi sekali. Kalau bab kawal Judi pun fail, jatuh masa DAP lead MOF pulak lagi baik, ada hati depa nak kata depa lagi bagus nak tegakkan undang2 Islam di Malaysia? Orang lain semua fail? 

Saya bagi 3 dulu. 3 ni pun dah cukup nak tunjuk, bila PAS memerintah negara, mereka terpaling gagal buat kerja.

Bila jadi Pembangkang, baru bangkit semuanya. Islam yang nak dibela, versi mana? Kalau masa berkuasa pun judi dinaikkan, undang2 syariah pun diketepikan. 

Rakyat tak mudah lupa ya. 

Sudah2 lah tunggang agama. Hanya kerana kemaruk nak berkuasa semula. 

~LM~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...