Wednesday, February 21, 2018

Mat Bashah kata peruntukan NAJIB RM1.3bil di LANGKAWI bukan "DEDAK"..!!

Rakyat Kedah bukan anak ayam

Rakyat Kedah bukan anak ayam
ALOR SETAR - Rakyat Kedah bukan anak ayam untuk diberikan dedak bertujuan menawan hati mereka dalam memastikan kemenangan parti pada PRU14 tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihak pembangkang tidak perlu menghina rakyat Kedah kononnya diberikan dedak.

“Pengumuman peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu di Langkawi, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, menunjukkan tanggungjawab kerajaan memberikan sesuatu yang diperlukan oleh rakyat.

“Tanggungjawab sebagai kerajaan untuk membantu rakyat dalam apa bentuk sekalipun, tak kiralah wang tunai atau barangan keperluan. Itu tanggungjawab kerajaan sejak diberi kepercayaan oleh rakyat, sejak merdeka lagi,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Anggota Rela Kedah, di Dewan Flat Seri Gemilang, Mergong, di sini, hari ini.

Nak dekat pilihanraya aja, SPRM pun buka mulut kata ada AHLI POLITIK RASUAH

Ada ahli politik terlibat rasuah

Datuk Moh Samauddin Yusof
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mendedahkan ada di antara ahli politik di negeri ini disyaki terlibat ldengan rasuah.

Pengarahnya, Datuk Moh Samauddin Yusof berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan pemantauan terhadap individu yang terbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut individu yang dimaksudkan itu mewakili mana-mana parti politik.

“Kita ada terima laporan orang politik terlibat rasuah. SPRM sedang siasat dan buat pemantauan,” katanya ketika di temui di pejabatnya hari ini.

LZNK rancang bina rumah mampu milik untuk penjawat awam

LZNK rancang bina rumah mampu milik untuk penjawat awam
Syeikh Zakaria (kanan) menunjukkan kelengkapan yang ada dalam kit bantuan jenazah pada Majlis Pelantikan Ejen Masjid, Penyampaian Elaun Pegawai Masjid dan Pelancaran Kit Bantuan Jenazah.

KUBANG PASU - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merancang membina sekurang-kurangnya 100 rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam LZNK tahun ini dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, untuk itu pihaknya kini masih berada dalam perbincangan lanjut berhubung perkara itu dengan bank berkenaan.

“Kita berada di akhir perbincangan dan secara dasarnya Bank Islam setuju untuk bersama kita bagi membiayai skim perumahan tersebut dengan cara Bank Islam akan beri pinjaman mudah dengan jaminan LZNK tanpa faedah.

Tahun ini kita sasar 100 buah rumah dulu sebagai projek perintis,” katanya pada Majlis Pelantikan Ejen Masjid, Penyampaian Elaun Pegawai Masjid dan Pelancaran Kit Bantuan Jenazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman di Jitra dekat sini, hari ini.

Syeikh Zakaria berkata, menerusi skim perumahan itu nanti sekiranya harga rumah itu bernilai RM43,000, LZNK akan menyumbang RM20,000 manakala pemohon hanya perlu membuat pinjaman dengan pihak bank itu sebanyak RM23,000 sekali gus tidak membebankan mereka.

Tuesday, February 20, 2018

BERANIKAH LAGI NAJIB UMUM PERUNTUKAN BERBILION-BILION?

Berikutan pengumuman Najib Razak memberi peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3 bilion bagi Pulau Langkawi kerana ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin bertanding di pulau tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau akan menjelma di banyak kawasan lain selepas ini.
Saya akan menjelma di banyak kawasan lain, termasuk Pekan dan Putrajaya, kata Tun Mahathir.

Apa lagi akan Najib curahkan agaknya?

Bagaimana jika kemudiannya "bakal Perdana Menteri"  itu turut menunjukkan kecenderungan dan minat untuk bertanding di Kubang Pasu, Titiwangsa dan beberapa kawasan lain lagi?

Pakatan selesai pembahagian kerusi 4 negeri


 PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata gabungan pembangkang itu sudah menyelesaikan pembahagian kerusi di empat negeri. 
Beliau berkata bagi negeri-negeri yang masih belum menyelesaikan pembahagian kerusi, mereka mempunyai masa sehingga hujung minggu ini untuk berbuat demikian. 
 “Bagi kerusi di peringkat negeri kita masih ada beberapa kawasan yang masih belum diputuskan. 
 “Kita sudah bersetuju kerusi negeri akan ditentukan pada hujung minggu ini dan sekiranya tidak, Majlis Presiden yang akan ditentukan,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini. 
 “Selepas Majlis Presiden membuat keputusan, semua parti mestilah menerimanya.” 
 Dr Mahathir bagaimanapun enggan menamakan empat negeri tersebut. 
 “Jika saya beritahu, awak akan beritahu Najib,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...