Wednesday, February 21, 2018

Mat Bashah kata peruntukan NAJIB RM1.3bil di LANGKAWI bukan "DEDAK"..!!

Rakyat Kedah bukan anak ayam

Rakyat Kedah bukan anak ayam
ALOR SETAR - Rakyat Kedah bukan anak ayam untuk diberikan dedak bertujuan menawan hati mereka dalam memastikan kemenangan parti pada PRU14 tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihak pembangkang tidak perlu menghina rakyat Kedah kononnya diberikan dedak.

“Pengumuman peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu di Langkawi, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, menunjukkan tanggungjawab kerajaan memberikan sesuatu yang diperlukan oleh rakyat.

“Tanggungjawab sebagai kerajaan untuk membantu rakyat dalam apa bentuk sekalipun, tak kiralah wang tunai atau barangan keperluan. Itu tanggungjawab kerajaan sejak diberi kepercayaan oleh rakyat, sejak merdeka lagi,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Anggota Rela Kedah, di Dewan Flat Seri Gemilang, Mergong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyoal kenapa perkataan dedak tidak disebut ketika zaman pemerintahan BN oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kenapa tidak disebut pun peruntukan yang diumumkan oleh Tun M dulu sebagai dedak kepada rakyat? Sekarang baru nak sebut.

“Sebagai kerajaan, kita menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, apa keperluan yang kita nampak, dengar, kita akan membantu dalam pelbagai bentuk bantuan,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi oleh Najib adalah ‘dedak’ BN menjelang PRU14.

Menurutnya, pengumuman Najib jelas mahu menawan hati rakyat negeri ini dengan pelbagai janji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...