
ULASAN I Memberi undi kepada PAS samalah seperti memberi talian hayat kepada Umno dan Barisan Nasional.
PAS tidak berhajat untuk menyelamatkan negara sebaliknya bertindak untuk menjadi faktor pemecah undi secara tidak langsung menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.
Malaysia hari ini berdepan dengan masalah ekonomi yang kian meruncing di mana kadar keberhutangan negara semakin meningkat.
Setakat 31 Disember 2017, kerajaan merekodkan jumlah hutang negara berjumlah RM686 billion iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).
Tidak mustahil angka ini akan melepasi kadar 55 peratus KDNK jika negara masih diurus oleh pemimpin dari Barisan Nasional akan datang.
Kadar percukaian yang menekan rakyat seperti GST juga akan lebih mengheret rakyat kepada beban derita yang berpanjangan jika BN masih kekal di tampuk pemerintahan.


