| Kameruzaman (kiri) bersama Timbalan Menteri Industri Utana Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) dalam Majlis Penyerahan Memorandum dari PUGBM berkaitan Proposal Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Getah dan Cadangan Tambahbaik Skim Subsidi Pekebun Kecil Getah sebelum ini di Kuala Lumpur. |
BALING - Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) menyarankan kerajaan memberikan tumpuan kepada sektor hiliran berasaskan getah.
Presiden PUGBM, Kameruzaman Ab Rahman berkata, tumpuan lebih kepada sektor hiliran berasaskan getah mampu menjana ekonomi penoreh.
Menurutnya, perancangan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan utama tanaman getah perlu digerakkan secara bersepadu melibatkan semua agensi berkaitan.
"Langkah ke depan adalah perlu dengan memberikan tumpuan yang lebih kepada sektor hiliran berasaskan getah.
"Ia penting bagi memberi ruang kepada golongan pekebun getah untuk terlibat dalam sektor ini," katanya.
Disamping itu katanya, kerajaan juga perlu memberikan fokus kepada pembangunan aktiviti ekonomi tambahan di mana melibatkan ternakan dan pertanian dalam kalangan masyarakat penoreh.
Menurutnya, langkah ini bagi menampung keperluan sumber daging dan sayuran yang kini masih bergantung kepada sumber import.
"Kerajaan menyasarkan pengeluaran daging 50 peratus menjelang 2020, sekali gus mengurangkan import daging yang mencecah 70 peratus ketika ini.