Friday, December 6, 2019

"HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI " - Tamrin Tun Ghafar

"HUMBANKAN SAJA MEREKA KE DALAM KAMAR TIRAI BESI " - Tamrin Tun Ghafar

1. Tidak ada tolak ansur dan pengampunan
terhadap sesiapa sahaja yang menyalahguna kuasa dan melakukan rasuah

2. Salah satu sebab rakyat menumbangkan UMNO/BN ialah kerana amalan rasuah sudah sampai kesatu tahap dimana ianya seperti lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan

3. Kesungguhan Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir memerangi rasuah adalah salah satu bukti bagi menunaikan janji Pilihanraya yang harus diberi pujian dan sokongan

4. Kini rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan memerangi salahguna kuasa dan rasuah ini dilaksanakan , apakah ia setakat 'pilih bulu' atau 'menanam tebu di bibir sahaja' , dalam erti kata lain jangan 'cakap tak serupa bikin'

Thursday, December 5, 2019

Mana bukti yang mengatakan ada pimpinan PH perlekeh hudud. Mana dia?


Saya tanya soalan ni berulang kali ... mana bukti yang mengatakan mana-mana pimpinan Pakatan Harapan perlekeh hudud. Mana dia?

Tapi itulah modus operandi mereka. Memaksakan naratif palsu mereka ke dalam minda masyarakat. Pembohongan di atas pembohongan. Fitnah di atas fitnah.

Kerapkali sudah dijelaskan bahawa isu berkenaan perlaksanaan hudud adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Isu yang melibatkan perlembagaan tidak boleh ditangani secara partisan. Ia memerlukan konsensus. Ia memerlukan suasana yang kondusif untuk melakar asas perbincangan yang bermakna.

Apabila pembangkang berbohong dan cuba menghalalkan pembohongan


Lapuran audit ini adalah untuk tahun 2016-2018. Tempoh itu kebanyakannya di bawah pentadbiran kerajaan lama. PH baru ambil alih pertengahan 2018.

Tetapi pihak pembangkang memainkan isu ini seolah-olah PH sengaja membiarkan warga China dan India terus menetap di negara. Lepas itu mereka kaitkan pula dengan DAP.

Inilah modus operandi politik pembangkang. Fitnah diatas fitnah. Bohong di atas bohong. Mereka membina persepsi dengan cara yang sangat cela demi untuk berkuasa. Lebih buruk ... mereka membungkus kejahatan ini dengan pakaian agama dan menyebarkan kepada khalayak.

Maka, apakah yang lebih zalim dari yang demikian itu?

Jamzuri Adni

Artikal berkaitan..

Monday, December 2, 2019

EXPO TATTOO - Terbuka bukan sampai mencabar budaya

TERBUKA BUKAN SAMPAI MENCABAR BUDAYA.

Sehari dua ini heboh di media sosial berkaitan penganjuran festival tatoo yg telah di adakan di ibu negara. Festival ini bukan sahaja telah menarik minat pengusaha dan peminat totoo dalam dan luar negara malahan natizen di alam maya juga amat terkejut dengan penganjuran yang di adakan ini di mana kita sedia maklum budaya tatoo ini bukan lah budaya yg sesuai dan menepati kehendak sebenar warganya apatah lagi majoritinya beragama islam.

Saya tidak menafikan berkaitan aspek menarik pelancong luar tetapi jangan kerana keuntungan yang sedikit akan merosakkan dan menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

MP PH ponteng dewan satu kesalahan, bagaimana pula dengan MP PAS yang ponteng?

Baca kenyataan Zailah ngan MP Dungun, Tujuan depa undi menolak Peruntukan belanjawan kebajikan Sebab nak bagi peringatan kepada Pemimpin PH yang Ponteng.. Dia punya pusing... Kalahkan Sammy Vellu..Depa sedar tak apa depa cakap ?

Yang hadir dan mengundi dalam dewan rakyat hari itu menolak Bajet Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat tu Ali Parlimen PAS cuma 3 orang.. Keseluruhan ahli Parlimen PAS ada 18 orang.. 3 dari 18 tu cuma khadiran 20% dari keeseluruhan MP PAS, Sedangkan Kalau dalil tu digunakan 80% MP PAS itu sebenarnya ponteng.. Haji Hadi, Nik Abduh dan Ulama PAS pun semua Ponteng..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...