Tuesday, April 21, 2020

TERLALU BESAR HIKMAHNYA DI SEBALIK TUHAN JATUHKAN KERAJAAN PH

TERLALU BESAR HIKMAHNYA DI SEBALIK TUHAN JATUHKAN KERAJAAN PH

EKORAN kejatuhan krj PH melalui langkah Sheraton ada hikmahnya.

Sesungguhnya Tuhan itulah yg berkuasa menaikan mana mana kerajaan dan menjatuhkan mana mana kerajaan yang di kehendakiNYA.

Antara hikmah paling besar di sebalik kejatuhan kerajaan PH negara turut dilanda wabak Covid-19.

Hikmahnya Tuhan menjatuhkan kerajasn PH dan menyelamatkan bekas bekas Menteri PH dalam waktu serentak dengan penularan wabak Coronavirus.

Dan menaikan kerajaan PN melalui penomena langkah Sheraton.

Andaikata kerajaan PH masih berkuasa dan wabak Convid merebak.

Maka amat banyak sekali kesalahan dan dosa dosa dilemparkan kepada kerajaan PH dan Dr. Mahathir.

Umpamanya dalam isu penutupan Masjid dan Surau.. tidak boleh berjumaat dan berjemaah.

Sudah pasti isu ini dipolitik habis habisan oleh jentera walaun pencacai.

Tuesday, April 14, 2020

KERAJAAN PERLU SEGERA BAIKI RANTAIAN BEKALAN UNTUK SELAMATKAN PETANI DAN NELAYAN

1. Laporan terbaru Jabatan Perangkaan berkaitan kesan wabak Covid-19 ke atas sektor pekerjaan Malaysia, khususnya pertanian dan perikanan amat membimbangkan. Hampir 22% responden dari sektor pertanian telah kehilangan kerja. Perkara ini lebih serius dalam subsektor perikanan di mana 33% individu telah kehilangan punca pendapatan. Manakala, laporan itu turut menyatakan bahawa hampir 80% responden daripada subsektor perikanan mengalami kejatuhan pendapatan bulanan, di mana sebanyak 48.2% individu menyaksikan penurunan pendapatan melebihi 50%. Lebih membimbangkan, majoriti petani dan nelayan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup, terutamanya jika wabak ini berlarutan.

Sunday, April 12, 2020

Surat Hadi: Peguam cadang saman, Anwar kata tengok dulu


 Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini "tidak cenderung" untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian.

Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengaitkannya dengan pergerakan Freemason.

“Peguam ada cadangkan tetapi saya ini tak sangat cenderung setakat ini, kita tengok dahulu,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet di media sosial berhubung tuduhan Abdul Hadi dalam satu surat yang dikirim pemimpin PAS itu kepada pemimin gerakan Islam.

Surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Abdul Hadi itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar, selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Kesihatan, ekonomi, nyawa atau duit?



KETIKA berhadapan dengan krisis wabak Covid-19, timbul dilema ke atas isu yang manakah lebih penting sama ada kesihatan, ekonomi, nyawa atau duit? Wabak itu dianggap merebak sepantas kilat tanpa diketahui asalnya dan di mana.

Benarkah pertembungan antara kesihatan dan ekonomi menyebabkan sukar untuk kita menentukan sama ada kesihatan harus diutamakan atau membuka pintu ekonomi semula sepenuhnya supaya yang terjejas kehidupan dapat menyambung hayat mereka.

Ada anggota masyarakat menyatakan untuk makan, mereka perlu bekerja. Ungkapannya 'disebabkan virus korona kita boleh mati, tidak makan juga akan menyebabkan kita mati'. Dalam kesihatan ada ekonomi; dalam ekonomi ada kesihatan; hubungan kedua-duanya sebenarnya lebih bersifat resiprokal yang saling melengkapi.

Sepanjang tempoh masa ini, ramai bergelut dengan pelbagai isu. Walaupun pada awal seronok dengan perubahan rutin harian yang sibuk bermesyuarat atau bekerja, tetapi kemudiannya timbul persoalan bagaimanakah mahu menukar rutin ini pasca-Covid-19?

PH : Adakah kerajaan PN sudah berfikir habis untuk membenarkan sektor tambahan beroperasi?



Kenyataan media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan pada 11 April 2020:

PERKARA DIBANGKITKAN MENGENAI KEBENARAN BEROPERASI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN SEMASA LANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KE 28 APRIL 2020 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota kesihatan dan keselamatan – “our frontliners” – atas usaha mereka untuk mengawal dan melawan wabak virus COVID 19 yang telah menunjukkan hasil selepas hampir satu bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas pada 10 April 2020, telah menyatakan bahawa beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali, telah mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama, iaitu 10 April 2020, di mana sektor tambahan disenaraikan.

Kami mengalu-alukan, pada prinsipnya, keputusan untuk memberi kebenaran kepada sektor tambahan untuk beroperasi semasa lanjutan PKP ke 28 April 2020 untuk mengurangkan impak negatif kepada ekonomi terutamanya kepada industri Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS). Namun begitu, beberapa soalan penting mesti dibangkitkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 April 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...