Friday, April 24, 2020

TERUS KURUNG RAKYAT KEPUTUSAN MUDAH, TAPI JANGAN AMBIL MUDAH RAKYAT SUSAH



1. Perdana Menteri umum malam tadi PKP disambung 2 minggu lagi selepas 28 April ini.

2. Kita terima keputusan kerajaan ini tetapi jangan jadikan ianya satu kelaziman dan rutin. Ianya keputusan mudah bagi PM, orang2 besar, orang2 kaya. Tapi ia bukan satu keputusan mudah bagi rakyat biasa, orang susah, orang miskin.

3. Orang2 besar di Malaysia memang tidak rasa susah PKP, langgar larangan pun tidak didenda apalagi di gari dan dipenjara. Makanya PKP menjadi kelaziman yang tidak menyusahkan orang2 besar.

4. PM ini bernasib baik kerana mempunyai jentera kerajaan yang baik. Jabatan Kesihatan sekarang diiktiraf antara terbaik. Ketua Jabatan dan pegawai, kakitangannya hebat. (Bukan Menteri dan Timb Menteri yang dilantik PM)

5. PM ini juga bernasib baik kerana Pasukan keselamatan, Polis, Tentera juga berkeupayaan mengawal situasi negara.(Melainkan campurtangan Menteri sebabkan orang2 besar yg menjadi kawan2 Menteri tidak ditahan)

6. Dan PM ini lebih bernasib baik kerana faktor rakyat Malaysia rata2 bersikap patuh dan menghormati arahan demi kesihatan dan keselamatan.

Sudah hampir seminggu..Apa cerita kes EXCO & TIMB MENTERI K'jaan PN yang langgar PKP tempohari??


NAMPAKNYA masih tiada kesudahan akan cerita 2 pimpinan 
utama kerajaan PN nie yang terdedah kegiatan mereka
yang makan dan solat secara berjamaah sewaktu
megadakan lawatan ke Maahad Tahfiz.

Walaupun kebenaran untuk pimpinan turun kebawah membantu rakyat
namun yang ini mereka jelas berada dalam majlis jamuan makan dan
siap mengaku solat berjamaah lagi...

ternyata dua perkara ini merupakan kessalahan dibawah perlaksanaan PKP ini.
Namun apa yang ralatnya sekarang mengapakah mereka tak dibawa
spertimana yg dilakukan kepada rakyat..?

Tuesday, April 21, 2020

TERLALU BESAR HIKMAHNYA DI SEBALIK TUHAN JATUHKAN KERAJAAN PH

TERLALU BESAR HIKMAHNYA DI SEBALIK TUHAN JATUHKAN KERAJAAN PH

EKORAN kejatuhan krj PH melalui langkah Sheraton ada hikmahnya.

Sesungguhnya Tuhan itulah yg berkuasa menaikan mana mana kerajaan dan menjatuhkan mana mana kerajaan yang di kehendakiNYA.

Antara hikmah paling besar di sebalik kejatuhan kerajaan PH negara turut dilanda wabak Covid-19.

Hikmahnya Tuhan menjatuhkan kerajasn PH dan menyelamatkan bekas bekas Menteri PH dalam waktu serentak dengan penularan wabak Coronavirus.

Dan menaikan kerajaan PN melalui penomena langkah Sheraton.

Andaikata kerajaan PH masih berkuasa dan wabak Convid merebak.

Maka amat banyak sekali kesalahan dan dosa dosa dilemparkan kepada kerajaan PH dan Dr. Mahathir.

Umpamanya dalam isu penutupan Masjid dan Surau.. tidak boleh berjumaat dan berjemaah.

Sudah pasti isu ini dipolitik habis habisan oleh jentera walaun pencacai.

Tuesday, April 14, 2020

KERAJAAN PERLU SEGERA BAIKI RANTAIAN BEKALAN UNTUK SELAMATKAN PETANI DAN NELAYAN

1. Laporan terbaru Jabatan Perangkaan berkaitan kesan wabak Covid-19 ke atas sektor pekerjaan Malaysia, khususnya pertanian dan perikanan amat membimbangkan. Hampir 22% responden dari sektor pertanian telah kehilangan kerja. Perkara ini lebih serius dalam subsektor perikanan di mana 33% individu telah kehilangan punca pendapatan. Manakala, laporan itu turut menyatakan bahawa hampir 80% responden daripada subsektor perikanan mengalami kejatuhan pendapatan bulanan, di mana sebanyak 48.2% individu menyaksikan penurunan pendapatan melebihi 50%. Lebih membimbangkan, majoriti petani dan nelayan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup, terutamanya jika wabak ini berlarutan.

Sunday, April 12, 2020

Surat Hadi: Peguam cadang saman, Anwar kata tengok dulu


 Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini "tidak cenderung" untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian.

Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengaitkannya dengan pergerakan Freemason.

“Peguam ada cadangkan tetapi saya ini tak sangat cenderung setakat ini, kita tengok dahulu,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet di media sosial berhubung tuduhan Abdul Hadi dalam satu surat yang dikirim pemimpin PAS itu kepada pemimin gerakan Islam.

Surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Abdul Hadi itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar, selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...