5 Jun 2020
1. Merujuk kepada satu Memo Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) kepada Menteri KPLB iaitu Datuk Dr. Hj Abd Latiff Ahmad bertajuk *Menandatangani Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak Perlantikan Kontraktor Secara Terbuka bagi: Projek Membina Jalan Ulu Tomani, Tenom, Sabah,* YB Datuk Dr. Hj Abd Latiff yang juga ahli parlimen Mersing (UMNO) telah membuat minit Menteri keatas memo tersebut dengan tulisan jawi.
2. Tulisan Jawi yang bermaksud “Datuk KSU.. Dicadangkan ditender semula runding terus atau tender terhad.. terima kasih”.
3. Berdasarkan kronologi projek ini yang didedahkan oleh ADUN Kemabong, YB Jamawi Jafar menerusi laman sosial Facebook, projek ini telah mula mendapat perhatian kerajaan pada tahun 2012. YAB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal yang ketika itu merupakan Menteri KPLB (KKLW) telah melawat Kg. Bakuku, Kemabong dan meninjau perlunya Jalan Ulu Tomani dinaiktaraf dalam RMK 11.
4. Pada 2016, Lawatan Kerja Menteri KPLB (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri di Kg. Alutok, Kemabong telah meninjau projek yang sama dan memaklumkan projek ini telah disenaraikan dalam RMK 11.
5. Pada 2017 pula, Kementerian Kewangan telah melantik kontraktor pelaksana secara tender terhad dengan kos RM 178 juta. Namun, pada 2018, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan, Kementerian Kewangan telah membatalkan tender terhad tersebut dan akan dilaksanakan secara tender terbuka atas alasan kos projek yang terlalu tinggi.




