Tuesday, October 6, 2020

ANTARA GERAKAN POLITIK ABAH DAN GERAKAN PERUT RAKYAT DI MUSIM PANDEMIC COVID-19!!


 Bila 'abah' dan kawan-kawan berjaya rampas Malaysia semasa Covid-19, mereka rampas negeri pula. 


'abah' berjaya rampas negeri Melaka, Johor, dan Kedah semasa wabak Covid-19 sedang menggila.


Hasil merampas negara dan negeri-negeri ini, kawan-kawan politik yang menyokong abah dapat pelbagai jawatan dengan gaji puluhan ribu sebulan.


Rupanya 'abah' tak puas lagi, diaturnya langkah politik untuk rampas negeri Sabah pula sehingga berlaku pilihanraya negeri dan 'abah' berjaya sekali lagi merampas negeri.

Monday, October 5, 2020

RM152,840.93 sebulan digunakan dari duit rakyat untuk membayar 3 orang politik di Kementerian Kesihatan.!

Apakah berbaloi rakyat Malaysia peruntukan duit rakyat sebanyak RM152, 840.93 untuk membayar kepada 3 mp yg jadi menteri dan timb menteri kepada kementerian kesihatan.

Jika dilihat banyak kerja dilakukan oleh PENGARAH KESIHATAN manakala 3 orang ini sekadar menjadi nasi tambah  sahaja. 

Amat malang negara menghabiskan hampir RM1.8JUTA setahun hanya bayar gaji mereka bertiga. 

Abang Awe Kobah


 

Friday, October 2, 2020

DUHAI TUNM.. KALAU KITA MAKAN JERING JANGAN TUDUH ORANG MAKAN GENUAK


 KALAU KITA MAKAN JERING JANGAN TUDUH ORANG MAKAN GENUAK

OT95 dilaporkan masih bercakap fasal Anwar Ibrahim, dia masih mengulang-ulang benda dan tajuk sama. Dia bercerita sebab dia tidak mahu Anwar jadi perdana menteri kerana meragui kebolehan Anwar. Dia juga menyebut, Anwar tidak habis-habis bergerak dan berkempen untuk menjatuhkannya masa dia pegang jawatan PM. Dia langsung lupa apa yang dilakukan Udin anak Yassin dan Minrit.


Dia juga perli Anwar masih tidak cukup nombor, bahkan pernah pakai baju untuk angkat sumpah tetapi tidak jadi. Betapa bencinya dia. Untuk apa peduli dan perli Anwar?


Satu perkataan yang menyenak orang ramai dan melihat OT95 mengesahkan yang dia bencikan Anwar bila mana dia kata Anwar tidak layak jadi PM. Walhal dia pernah memberi laluan kepada Abdullah Badawi, pernah beri laluan kepada Najib Razak dan terbaru Muhyiddin.  

Awas.. Selepas kluster Uda dan Tabligh.. Kini muncul Kluster POLITIK yang melanda negara!!!


 260 KES ADALAH REKOD KES TERTINGGI HARIAN JANGKITAN TEMPATAN...


Baru tonton pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan.. Pertama kali aku dengar sidang medianya dibaca dalam keadaan gugup, mana tidaknya, Angka yg diumumkan hari ini adalah yang tertinggi dalam sejarah COVID-19 Negara.. 


Aku simpati dengan Ketua Pengarah Kesihatan yang bertungkus lumus selama 6 Bulan tanpa cuti.. Tiba tiba datang gerombolan UMNO membawa virus pulang dari Sabah.. termasuk lah Ketua MKN si Ismail sabri..pandai cakap jer.. berapa banyak kes berpunca dari kelemahan dari dasar dia sendiri... termasuk dasar kuarantin wajib...


Ada yang kata, Kes tertinggi adalah 277 kes pada Bulan Jun.. Jangan silap faham..277 kes itu melibatkan kes tahanan atau melibatkan warga asing di Depot tahanan Imigresen.. ia kes berlaku dalam kawasan tahanan..Kes hari ini adalah jangkitan tempatan, dari 260 kes, hanya satu kes Import.. Maksudnya ia sudah merebak dalam Masyarakat... 

Thursday, October 1, 2020

ANTARA TUNM & DSAI - Apakah ia Politik Machiavelli @ Politik Dendam???

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

 


Alhamdulillah. Minggu lepas saya tulis, hari ini telah zahir, benda dalam hati ini lambat laun pasti akan timbul juga. Sepanjang 22 bulan zaman Tun jadi PM, tak pernah lagi saya tengok Anwar kritikal terhadap dasar-dasar Tun secara general kecuali perkara yang melanggar prinsip dan manifesto pakatan rakyat macam lantik KP SPRM dari kalangan kartel, manifesto bukan kitab suci, naratif melayu malas, kekal lantik ketua PAC dari Ahli Bersatu yang lompat ( manifesto kata ketua PAC kena pembangkang), hadir di perhimpunan maruah melayu etc. 

Bagi saya bila Anwar jumpa Sultan dan Raja-Raja negeri itu adalah perkara biasa, dia dia baru di bebaskan dari penjara. takkan benda itu pun di anggap sebagai kritikal; kenapa benda macam ini pun hendak bersangka buruk? Mungkin terpengaruh dengan hasutan SSST yang suruh mungkir janji kut. Habis tu nak pemimpin yang pak angguk macam MY lepas tu tikam dari belakang baru tak kritikal? Ataupun yang "setia" macam Azmin?  

Dalam interview yang sama Tun sendiri sebut nama Najib sebanyak 20 kali; macam sudah jadi obses dengan Najib pula. Secara jujur politik dendam ini buruk untuk pembangunan mana-mana negara. Even Anwar sendiri dah maafkan apa yang berlaku 20 tahun lepas, kenapa masih hendak bersangka buruk? Ingat pepatah eye for an eye and the world goes blind. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...