Kebelakangan ini sebenarnya aku berasa agak lega. Bukan apa, aku melihat penyokong dan pendukung PH ramai yang sudah mula buat kerja yang betul, menyerang dan memberi penjelasan berkenaan kelemahan dan kesilapan kerajaan PN.
Majlis Presiden PH pun sudah membuat ketetapan menyatakan hanya DS Anwar sebagai calon tunggal dari PH untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU15 kelak. Ketetapan itu dilihat bakal menutup sama sekali segala pintu perpecahan dalam PH.
Namun secara tiba-tiba muncul pula idea mahu nenyerahkan memorandum menolak darurat kepada YDP Agong. Memorandum itu bukan satu keperluan mendesak pun kerana DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang telahpun menjelaskan kepada YDP Agong duduk perkara berkenaan ini.
Tapi seperti biasa, apabila DS Anwar tidak ikut serta acara penyerahan memorandum ini, parti belum cukup bulan, Pejuang, yang memang perjuangan utamanya menafikan sokongan terhadap DS Anwar untuk menjadi PM, mula menyerang DS Anwar dengan isu tersebut.




