Monday, November 22, 2021

APAKAH DISEBAKAN LOGO PH DIKALAHKAN DALAM PRN MELAKA?


 Logo tak ada kaitan. Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal, kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal, macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi? Dan kalau logo BN itu sangat keramat, kenapa PRN Sarawak nanti GPS tak pakai logo BN tapi pakai logo GPS. Dan kenapa Perikatan Nasional yang hanya 17 bulan boleh menang 2 kerusi; paling ajaib di kerusi yang banyak undi awal (undi pos?). 

Masalahnya pimpinan PH tak tahu siapa pengundi PH atau buat pura-pura tak tahu. Dari keputusan PRU14 lagi sudah nampak yang pengundi PH adalah majoriti dari M40 dan T20 ( kelas pertengahan dan kelas atas). Mengatakan yang golongan ini tak undi PH sebab logo adalah sama seperti kata mereka ini adalah buta huruf dan tak reti mengeja. Betul, logo ada signifikannya mungkin bagi saluran 1 dan 2 bagi pengundi totok UMNO/BN. Dan di PRN Melaka saluran ini yang banyak mengundi sebab yang pengundi luar @ atas pagar semua banyak yang tak pulang.

Saturday, November 20, 2021

RM100JUTA.. NAJIB TAHU ATAU BUAT-BUAT TAK TAHU | KABINET MANGKOK..!


 TAK TAHU

Semasa duit masuk akaun peribadi dia berjuta-juta dia kata dia tak tahu… akhirnya Mahkamah bagitahu dia penjara 12 tahun denda RM210 juta.

Sekarang dia tak tahu pula nilai hadiah yang dia minta ialah RM100 juta.

Tun bangkitkan dalam Dewan Rakyat sehingga ramai terkedua dengan ketidak tahuan dia.

Bila dah ramai tahu termasuk dia yang buat-buat baru tahu, dia umum dia tarik balik permohonan tu.

Kononnya rakyat melebihi segalanya. Sekarang rakyat lebih perlu berbanding dia. Dia kata. 

Dia tahu ka rakyat lebih memerlukan?

Thursday, November 18, 2021

GABUNGAN MATA DUITAN ANTARA BN & PN..!!


 JANGAN BAGI

Kata Mas Ermieyati Ahli Parlimen Masjid Tanah tang juga calon PN di Dun Tanjung Bidara, kemungkinan Dun Melaka akan tergantung selepas pengundian 20 Nogember 2021 nanti.

Dun Melaka mempunyai 28 kerusi Dun yang ditandingi oleh PH, PN dan BN. 

PH diwakili Amanah, DAP dan KeADILan manakala PN diwakili Bersatu, Pas dan Gerakan. BN pula diwakili Umno dan MCA.

Untuk mentadbir Melaka dengan manoriti mudah, masing-masing PH, PN atau BN perlu memperolehi sekurang-kurangnya 15 kerusi.

Bacaan Mas Ermieyati, tiada mana-mana pihak yang akan peroleh sedemikian justeru akan tergantung siapa akan membentuk kerajaan.

Inilah kegilaan PN dan BN.

MASA KONDEM BUKAN MAIN, BILA ANWAR TANYA MANA YANG TELAH BELIAU GADAIKAN TERUS DIAM MENYEPI..


 inilah yg selalu dilaungkan oleh musuh ANWAR.. ibarat macam ANWAR lah yg menjadi PM memerintah Malaysia selama ini...

Umpama satu komen di wall fb ANWAR yg macam2 dikatakan namun bilamana ditanya kembali apa yg digadaikan selama ini terus dia terkaku tanpa jawapan...

lihatlah.. inilah dinamakan persepsi.. ia dibina dan diwujudkan utk jatuhkan lawan masing2 sahaja sedangkan bila ditanya kembali ia tiada jawapan..

Wednesday, November 17, 2021

TUTUP KEDAI JUDI.. MCA BANTAH DAP BANTAH GERAKAN BANTAH.. HABIS NAK SOKONG SIAPA?

Yg luluskan arak judi ni kerajaan BN, yg sokong kerajaan BN ni PN termasuk PAS....

Habis nak sokong siapa skrg nie....?





 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...