Tuesday, March 15, 2022

PRN JOHOR - CALON AMANAH YANG HILANG WANG DEPOSIT..!!


 Ni calon Amanah yg hilang deposit.

Empat calon Amanah yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N.32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31 peratus) pengundi Melayu.

2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N.34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56 peratus) pengundi Melayu.

ANWAR PKR AMANAH DAP jangan mudah lupa..!!


 ANWAR JGN MUDAH BUAT2 LUPA. AKU X KISAH PUN JIKA umno KEKAL MEMERINTAH PASAI KEHIDUPAN AKU BUKAN MENEMPEK KPD MANA2 PIMPINAN POLITIK UTK MENAGIH HABUAN.

KEADILAN JANGAN MUDAH LUPA...

Oleh Amizudin Bin Ahmat 

Bila PH menang pd 2018, satu dunia tahu Anwar akan jd PM selepas atok...siap buat surat perjanjian lagi ..

Tapi akhirnya ternyata jemin dan abah serta atok KHIANAT pd Anwar sanggup bersekongkol dgn UMNO asalkan Anwar tak jadi PM...namanya "langkah Sheraton" 

Siapa master mind? Atok saka....

KEADILAN JANGAN MUDAH LUPA...

Kini selepas PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan terkini Johor bila kalah maka dendangan lagu pembangkang wajib bersatu utk tumbangkan UMNO/BN pd PRU15 terus dinyanyikan biarpun suara sumbang...

RAFIZI KEMBALI KE GELANGGANG POLITIK TANAHAIR..


 15 Mac 2022

PEMILIHAN KEADILAN 2022

Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat. 

Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Monday, March 14, 2022

APAKAH SEBAB CALON BUKAN PILIHAN CABANG, 7 CALON PKR HILANG DEPOSIT..!


 Ni sah bukan calon pilihan cabang.
Padan muka deposit hilang.

Tujuh calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:



1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N.18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45 peratus) pengundi Melayu.

2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N.20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54 peratus) pengundi Melayu.

3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N.33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48 peratus) pengundi Melayu.

PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar


 PAKATAN HARAPAN, Politik Khianat dan khemah besar

Langkah Sheraton mengajar Malaysia, PENGKHIANATAN adalah satu "Malapetaka". Rakyat yg telah beri peluang kepada PH, tersentap, namun masih menaruh harapan tinggi kpd PH. Kita terima ujian ini, dan PH akan bangkit dengan lebih kuat dlm PRU15. Putuskan hubungan dgn semua pengkhianat, tutup semua pintu2 dan ruang untuk berkhianat, bersolidariti PH3parti, kerja kuat menuju PRU15...

Malangnya, sesudah langkah sheraton, idea pecah perintah "khemah besar" mula berkumandang. Khemah besar itulah membuka kembali pintu2 pengkhianatan. "Gabungan Pembangkang" itu jelas bermaksud demi menang PRN/PRU kita kerjasama dengan semua, termasuk pengkhianat2. Walau sangat2 sedar, jika menang sekalipun, akan berlaku lagi pengkhianatan. Ini sebenarnya yg menghakis semangat pendokong PH - ahli parti, tidak berparti dan atas pagar dari terus menyokong PH. Jika menang bersama "parti2 sepah" yg memang tiada jatidiri ditambah dgn "track record" pengkhianat, sama mcm x menang, malah nama PH semakin buruk diconteng arang. 

Mengapa ada pemimpin2 PH yg ghairah mempromote "khemah besar" (seakan tidak faham senjata pecah perintah), sedang rakyat memerhati dgn penuh jijik dan benci. Nama PH teruk tercemar dgn tindakan2 khianat Atok dan konco2nya 22 bulan, tapi ada pemimpin2 PH yg menyondol dibontot Atok mengajak Pejuang, Muda, Warisan dll untuk bersama gabungan pembangkang di Johor.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...