Tuesday, August 16, 2022

LCS : SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA


 Dari Rafizi Ramli
16 Ogos 2022

SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA 

Kebelakangan ini kerajaan PAS-UMNO-BERSATU cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat. Mesin propaganda PAS-UMNO-BERSATU yang diketuai Dato’ Seri Najib Razak cuba meyakinkan rakyat bahawa tiada penyelewengan berlaku, hanyalah kelewatan projek.

Sehingga kini, Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok yang saya utarakan sejak saya mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan ada penyelewengan:

1. Kenapa reka bentuk dan kelas kapal LCS diubah di saat akhir dari yang telah diluluskan, iaitu dari kelas Sigma (Belanda) kepada kelas Gowind (Perancis)?

2. Siapa yang lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan ketika itu (Zahid Hamidi) yang boleh mempengaruhi keputusan?

Sunday, August 14, 2022

Kapal Perang - Siapakah yang sebenarnya hentikan projek tersebut?


 Salam saudara Shahril Hamdan,
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Dari segi kepimpinan politik, saya sangat meminati saudara. Been following you for a while now. And I’m impressed still. Harap-harap saudara Shahril menang PRU15 kali ni. Nak juga dengar suara saudara Shahril di Parlimen. Bukan hanya di socmed dan di dada akhbar. 

Saudara, 

Seminggu kebelakangan ini, rakyat dihidangkan dengan isu dan propaganda mengenai kapal perang LCS. Daripada banyak2 penerangan yang saya dengar, dalam dua2 kem, video saudara saya rasa yang paling best. Jelas, adil dan juga penuh fakta dan data. 

Saudara nyatakan, kapal2nya ada cuma terlewat serahan kepada Kerajaan. 

Friday, August 5, 2022

LCS & LTAT - NAJIB SEMBANG KAT FB BUKAN MAIN HERO, MASUK PARLIMEN MENIKUS..


 PERWIRA 

Ayah saya merupakan pesara tentera. Code name saya panggil dia ialah “Kolonel”. Itu jawatan terakhir beliau sebelum bersara. 

Sejak kecil, saya dibesarkan dalam kem tentera. Isu perajurit ini cukup dekat di hati saya. 

Baru-baru ini, terdapat 2 skandal besar melibatkan Kerajaan BN terdahulu dan menjejaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Skandal ini rakyat terutamanya veteran ATM kena faham dan hadam. 

Dua isu ini telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen. Dan sekarang dispin2 oleh team spinner Najib Razak. 

Isu LCS dan AES/LTAT

PENYELEWENGAN PROJEK LCS: SEKURANG-KURANGNYA RM890 JUTA DANA RAKYAT HANGUS


 Dari Rafizi Ramli
4 Ogos 2022

PENYELEWENGAN PROJEK LCS:
SEKURANG-KURANGNYA RM890 JUTA DANA RAKYAT HANGUS

Saya mengalu-alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam. Isu ini lebih kritikal berbanding skandal-skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi (“multi dimensional”), seperti:

1. Penyelewengan dana rakyat untuk membina sistem pertahanan negara yang dianugerahkan terus kepada syarikat yang dikawal tabung amanah yang sepatutnya menjaga kebajikan perajurit

2. Apabila projek dan dana diselewengkan, bukan sahaja tabung amanah mengalami kerugian, sistem pertahanan negara terdedah kepada pelbagai risiko apabila kelengkapan dan persenjataan menjadi lapuk dan ketinggalan zaman

3. Mangsa seterusnya ialah perajurit yang terus dipinggirkan dan tidak terbela, sedangkan jika berbilion ringgit yang diselewengkan melalui perolehan projek-projek pertahanan ini tidak berlaku, wang itu boleh digunakan untuk memberi elaun dan pencen yang lebih baik kepada perajurit

Wednesday, August 3, 2022

NAK PILIHANRAYA AJA.. LAGU AGAMA BANGSA PUN DIDENDANGKAN!


 MONO RACE


1. PRU nak dekat. Maka seperti biasa, dalam masa 2-3 bulan ini, kita akan dihidangkan dengan lebih banyak isu kaum dan agama. Bagi parti berorientasikan agama, paluan dalil akan makin kuat, seolah tafsiran agama mereka yang paling sempurna. Orang lain jahil belaka. 


2. Kalau dulu, orang yang berlainan pandangan, dilabel automatik sebagai “syiah” dan “sekular”. Sekarang dah lain, kalau tak sedap pada telinga mereka, “wahabi” dan “liberal” dicopnya kita. Ini perangai "hollier than thou" yang kita kena tentang.


3. Bagi parti berorientasikan kaum pula makin hebat. Dari puak kanan, seperti biasa isu ketuanan bangsa akan dipalu habis mungkin. Sekarang ditambah satu lagi. Isu kedaulatan negara pula dispin2. Sampai orang baca pun naik pening.


4. Puak belah kiri pula masih lagi bagi janji petik bintang. Menjanjikan negara sekular dan pentadbiran ala republik Singapura. Kesamarataan mutlak dan ikut merit sepenuhnya. Itu juga retorik basi untuk pengundi tegar mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...