YA AMPUN
1. Ramai minta saya ulas, peluang DSNR dapat pengampunan Di-Raja. Sebelum PRU15.
2. Kena tahu, itu semua kuasa YDPA. Baginda boleh putuskan jua. Tapi perlu juga terima nasihat daripada Lembaga Pengampunan. Yang ada Peguam Negara (AG) dan berapa orang lain dalamnya.
3. Kalau kawan2 atau sedara mara tanya, tuan puan jawab, semua ni termaktub dalam Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan. Baru la ada style sikit cerita bab undang2. Kira bukanlah level cytro jembalang 😊
4. Jadi tuan puan sendiri mahu faham la, kenapa UMNO desak sgt PM tukar AG, nakkan AG mereka sendiri. Sebab AG lah yang nasihatkan Agong mengenai pengampunan, omputih cakap “pardon” atau “clemency”.





