Wednesday, September 14, 2022

Dr Mujahid Yusof Rawa Menang Kes Saman Fitnah Ulama Pas Ust. Dusuki Rani.


 Dr Mujahid Yusof Rawa Menang Kes Saman Fitnah Ulama Pas Ust. Dusuki Rani.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini telah menolak Saman Fitnah yang difailkan oleh Ust Dusuki Rani terhadap Dato Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dengan dakwaan isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam.

Mahkamah juga mengarahkan Ust Dusuki membayar kos sebanyak RM11,000.00 kepada Dato Seri Dr Mujahid.

Saman Fitnah ini difailkan rentetan daripada twitter Dato Seri Dr Mujahid pada 22/11/2020:

“Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan”

MENJAWAB FITNAH ADUN PAS MENGATAKAN PH HANYA MAMPU TUNAIKAN 1 SAHAJA MANIFESTO MASA BERKUASA 22 BULAN !


 MENJAWAB DAKWAAN YB USTAZ YUSNI MAT PIAH ADUN PENAGA KETIKA BERCERAMAH DI PEKAN DARAT MALAM SEMALAM.
 https://www.facebook.com/paskawasantasekgelugor/videos/1743405796058965/

YB Ustaz Yusni mendakwa PH hanya mampu tunaikan 1 janji saja daripada 10 janji 100 hari. Terima kasih juga kerana mengakui PH berjaya hapuskan GST. 
Cuma fakta yang lain sudah lari jauh. Mohon saya betulkan ya. Islam ajar kita bercakap benar walaupun di depan penyokong sendiri.

SUBSIDI PETROL BERSASAR.
Jangan lupa dulu sebelum 2018 tiap minggu beratuq stesen minyak sebab apa? Sebab tau dah esok tu nak naik 2 kupang 3 kupang. Alhamdulillah, sejak PH perintah harga minyak berada pada harga siling tak perlu risau dah tiap minggu. PH 22 bulan peruntuk berbillion untuk bagi subsidi petrol ni.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/462798/ph-tunai-janji-beri-subsidi-petrol

HAPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA.
PH yang cadangkan dan tak sempat nak laksana, akhirnya pada Julai 2021 disambung oleh Kerajaan Muhyiddin. Jangan lupa Muhyiddin juga bersama PH malah pembuat manifesto juga adalah mereka yang kini berada di BERSATU. 
https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/73817-peneroka-felda-tandatangan-perjanjian-hapus-hutang/

Tuesday, September 6, 2022

BN OH BN.. SELEPAS KAPAL LCS TERDEDAH KINI KAPAL OPV PULAK JADI MANGSA!


 6 Sept 2022 | Selasa

PADAH MEMILIH BN MEMERINTAH, SKANDAL KAPAL OPV LEBIH KURANG SAMA DENGAN LCS

Saya menuntut satu siasatan daripada PAC untuk disegerakan berhubung kelambatan OPV ini. Kekhuatiran saya kes ini lebih kurang sama dengan LCS. Daripada RM738.9 juta nilai projek, RM500 juta telah dibelanjakan.

Kapal sepatutnya diserahkan tahun 2020 secara berperingkat tapi sehingga kini masih belum diberikan kepada Maritim.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof 
Naib Presiden AMANAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...