Monday, May 8, 2023
PN IBARAT ‘SCAMMER’ SKIM CEPAT KAYA
JAMUAN RAYA PAS.. 100% dana politik dengan 3000 jenis juadah..!
Eishhh meriahnya jamuan raya parti PAS yg diadakan di KOMPLEK PAS KEDAH BATU 9 baru² ini sehingga mengujakan penyokongnya membandingkan dengan program jamuan raya yang diadakan Kerajaan Persekutuan...
Part 1 :
Lebai PAS memang lemah matematik ke apa? Padan 74 pun mereka kata lagi besar dari 82, bahana makan banyak sangat ikan seluang.
Kalau satey 18k, dah pengunjung 50k, makna satu cucuk satey kena kongsi dengan 2.7 orang. Pernah tengok satu cucuk satey kongsi 2 orang? Logik letak mana? Average satey orang makan 10 cucuk, jadi untuk 50k pengunjung, kena ada setengah juta cucuk satey.
Friday, April 28, 2023
33 BULAN PN MEMERINTAH TAK PERNAH KELUAQ AYAT MEMBAZIR, TETIBA PMX BUAT JAMUAN RAYA TERUS HUKUM MEMBAZIR
Kita tidak pernah dengar perkataan membazir yg keluar daripada mulut pemimpin PN bilamana 33 bulan mereka memerintah :
π1. Melantik 70 menteri di Parlimen
π2. Melantik duta² khas dan penasihat khas bergaji RM99,886.27 sebulan
π3. Renovasi pejabat ratusan ribu ringgit
π4. Tukar perabot pejabat puluh ribu ringgit
π5. Kos penyelenggaraan kereta menteri RM1.6 juta
π6. Menukar kereta rasmi menteri Vellfire 2.5 RM1.4 juta
π7. Renovasi kediaman rasmi Seri Perdana berjumlah lebih RM30 juta
Tiba-tiba bila Kerajaan Perpaduan hari ini nak buat rumah terbuka utk bg rakyat makan, depa kata membazir.π
Betapa, hipokritnya.
C@P
Thursday, April 27, 2023
SADA: Masalah Air di Negeri Kedah
SADA: Masalah Air di Negeri Kedah
Sekali lagi umat Islam serta seluruh rakyat di Negeri Kedah di asak dengan masalah bekalan air yang meruncing. Krisis berlaku menjelang bulan Ramadhan dan kemuncaknya Aidil Fitri 1444H.
Ini bukan polimik untuk mencari politik murahan di sebalik derita rakyat. Ini adalah hakikatnya! SADA di bawah Datuk Seri Sanusi selaku Pengerusinya serta orang nombor satu dalam Kerajaan Negeri Kedah yang belum lagi berjaya menyelesaikan masalah air di Kedah terutamanya Kuala Kedah.
1. Tiada siapa pun ingin berperang dengan YAB Menteri Besar Kedah dalam semua urusan. Tetapi saya telah beberapa kali merayu dengan sekujur jasad saya ini agar Datuk Seri Sanusi memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada derita rakyat yang terputus berkalan air di seluruh Kedah dan TERUTAMANYA Kuala Kedah.
2. Kami tahankan sejenak dengan penuh kesabaran pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggalah menjelmanya Aidilfitri 1444H dan selepas 5 hari berlalunya Hari Lebaran ini. Genjatan bahasa di media sosial telah di lakukan demi menghormati 'Eid Mubarak' selaku hari kebesaran dalam Islam.





