Monday, April 2, 2018
Pemikiran politik bigot wajar dimuziumkan
https://m.malaysiakini.com/news/417839
PEMIKIRAN POLITIK BIGOT WAJAR DIMUZIUMKAN
Bila DAP umum calon Melayu untuk bertanding di DUN Johor, Dr Kamarul terus buat kesimpulan DAP nak lantik dia jadi MB Johor. Harakah pun ulang siar macam burung kakak tua.
Sekiranya DAP tak letak calon Melayu langsung, dia akan tuduh DAP parti rasis anti-Melayu pula. Politik kebencian dan kecurigaan ini hanya membantu para kleptokrat untuk kekal berkuasa.
Inilah mentaliti bigot. Dalam politik Malaysia, mentaliti seperti ini hanya layak diletakkan dalam muzium politik. Politik Malaysia mesti berupaya keluar dari pemikiran kolot dan usang yang sentiasa menanamkan kecurigaan dan kebencian terhadap sesama rakyat yang mempunyai hak demokratik yang sama tanpa mengira parti politik yang disertainya.
Jamzuri Ardani
Rais: Najib layak jadi tokoh berita palsu Asia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berhenti membohongi rakyat kerana berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau yang terkini beliau hampir layak menjadi menjadi tokoh berita palsu Asia.
Pada 30 Mac 2018, beliau dilaporkan berkata “Saya telah meneliti manifesto pihak sebelah sana (Pakatan Harapan). Manifesto mereka mengandungi 60 janji tetapi hanya 1 janji yang menyebut ekonomi Bumiputera. Itu pun janji nombor 30.”
Tuduhan ini ada satu kepalsuan yang berpunca daripada pemikiran sempit Najib. Beliau gagal memahami bahawa Buku Harapan keseluruhannya akan membawa faedah positif yang tuntas kepada warga Bumiputera di Malaysia.
Dalam Teras Satu Buku Harapan, kami menjanjikan 10 langkah untuk meringankan bebanan kehidupan rakyat. Ini bermula dengan penghapusan GST, iaitu suatu cukai yang membebankan yang diperkenalkan oleh Najib tiga tahun lalu.
Kerana jumpa Mahathir, 2 ulama dihina
Kerana bertemu dengan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), lidah rasmi Pas, Harakahdaily telah melebel dua ulama sebagai tunduk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia berlaku apabila Pengerusi Penasihat AMANAH Ustaz Ahmad Awang dan timbalannya, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menemui Dr Mahathir baru-baru ini.
Harakahdaily menyiarkan laporan itu berdasarkan tulisan seorang pensyarah sebuah universiti yang menjadi pembodek parti Islam itu yang baru-baru ini didakwa ‘terkucil’ di depan bekas perdana menteri itu.
Bagi Ustaz Wan Ji Wan Husin, ia adalah satu tindakan menghina kedua-dua individu berkenaan oleh Harakah.
Dr M tepis tuduhan PH tak mampu laksanakan manifesto
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan mengatakan Pakatan Harapan (PH) akui tidak mampu mengotakan manifesto pilihan raya umum ke-14.
Calon perdana menteri PH itu berkata, segala janji yang dibuat menerusi manifesto itu telah dikaji secara mendalam sebelum ditawarkan kepada rakyat.
“Ada benda yang popular tapi kita tak mampu dan kita tak berjanji. Apa yang kita janji dalam manifesto itu kita boleh lakukan.
“Perdana menteri tak boleh buat sebab beliau tidak mampu. Kita boleh buat. Kita bukan macam BN. Mereka guna duit rakyat buat benda lain, kita guna duit untuk kebaikan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Cabaran Ekonomi Anak Muda di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilapor mendakwa PH mengaku tidak dapat mengotakan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya mereka.
Najib menjawab laporan akhbar Singapura, Sunday Times, yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata terdapat janji tidak dapat ditunaikan kerana kekangan kewangan.
Parlimen mungkin bubar minggu depan
SEPANGGAR – Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.
“Kemungkinannya, berdasarkan pengalaman kami (BN) sebelum ini, pelancaran manifesto BN dibuat selepas Parlimen dibubarkan. Itu dah jadi suatu tradisi.
"(Bagaimanapun) Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan mengamalkan kaedah yang sama (melancarkan manifesto selepas Parlimen dibubarkan),” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan jalan raya dan perparitan di Sepanggar di sini.
Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.
“Ada seseorang memberitahu saya, tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Anda (rakyat) boleh menjangkakan Parlimen akan dibubarkan minggu depan,” kata beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)

