Tengku Adnan bergambar dengan anggota polis selepas
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan parti itu memecat 3 pemimpin veterannya, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim berkuatkuasa semalam.
Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, surat itu dihantar kepada 3 bekas menteri Kabinet itu mengikut perlembagaan parti.
“Semalam, surat-surat telah disediakan, saya telah tandatangani dan hantar pada mereka. Dan mereka sendiri tahu dan mereka barangkali hendak kita gugurkan mereka sebagai ahli.
“Kena ingat, tanpa Umno dan BN, mereka dan negara tidak akan jadi macam apa hari ini…jangan jadi seperti kacang lupakan kulit,” katanya selepas memantau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Putrajaya, hari ini.
Ku Nan sedih melihat tindakan 3 pemimpin itu menyokong pembangkang dan menghentam kerajaan BN.
Saturday, May 5, 2018
AMANAH akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dakwa ada rakaman tersebut
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Tuan Haji Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwanya mempunyai rakaman skandalnya dengan seorang wanita.
AMANAH pula akan mengambil tindakan sama terhadap tiga individu yang terlibat dalam sidang media itu semalam kerana menyamar sebagai anggota mereka, menurut timbalan setiausaha agung parti itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Ahmad Kerdee berkata semakan dalam pangkalan data keanggotaan mereka mendapati nama individu yang mengetuai sidang media semalam, Rizal Bakar, tiada dalam pangkalan data keanggotaan mereka.
“Kami juga telah menyemak dengan AMANAH Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut,” katanya.
Friday, May 4, 2018
Kerjasama Pas dan BN tidak pelik - Abdul Hadi
KUALA LUMPUR: : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah 'sesuatu yang tidak pelik' jika Pas bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, kata beliau BN perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.
"Memang tidak pelik jika Pas bekerjasama dengan BN tetapi perlu mengikut syarat kita," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad, di sini hari ini,
"Terpulang kepada BN untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti," katanya.
Abdul Hadi yang juga calon Pas Parlimen Marang bagaimanapun enggan mendedahkan syarat-syarat itu apabila ditanya pemberita.
Thursday, May 3, 2018
Kempen PRU14 di Kedah bertukar buruk
Melissa Darlyne Chow
| May 2, 2018
Pemerasan calon, bakar bendera PKR dan cuba mengelirukan pengundi dengan bendera parti berbeza hanya sebahagian daripada kejadian yang berlaku.
Teh (kanan) dan seorang ahli DAP memegang laporan polis dan gambar bendera PKR terbakar.
ALOR SETAR: Semakin mendekati hari pengundian, kempen pilihan raya di Kedah bertukar buruk dengan beberapa kejadian dilaporkan.
DAP Kedah mendakwa ada cubaan mengelirukan pengundi di negeri itu dengan menaikkan bendera DAP di beberapa kawasan dan bendera PPBM di beberapa kawasan lain.
Ketua DAP negeri Tan Kok Yew berkata bendera dinaikkan di beberapa kawasan seperti Kubang Pasu, Kuala Kedah dan Alor Mengkudu di Alor Setar.
“Semua orang tahu roket (DAP) dan bunga raya (PPBM) direhatkan pada pilihan raya kali ini, jadi siapa bertanggungjawab menaikkan semua ini?
“Kami mengesyaki ini cubaan untuk mengelirukan pengundi. Kami menurunkan bendera-bendera yang kami temui,” katanya di pusat operasi Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Isu Tian Chua - Tengok KELAKU SPR.. apa cerita selepas p/raya..
Tian Chua hanya boleh cabar SPR lepas PRU, kata SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhujah menghalang Tian Chua mengambil tindakan undang-undang berikutan penolakan kertas pencalonan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.
Peguam kerajaan, Amarjeet Singh berkata, naib presiden PKR itu perlu memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya umum diadakan seperti diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
“Hanya Ketua Hakim Malaya atau mana-mana hakim yang dilantik oleh beliau berhak mendengar petisyen pilihan raya,” katanya yang memetik beberapa kes undang-undang bagi menyokong pendirian SPR.
“Ini undang-undang yang jelas, dan mahkamah mesti mengikutinya,” katanya.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhujah menghalang Tian Chua mengambil tindakan undang-undang berikutan penolakan kertas pencalonan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.
Peguam kerajaan, Amarjeet Singh berkata, naib presiden PKR itu perlu memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya umum diadakan seperti diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
“Hanya Ketua Hakim Malaya atau mana-mana hakim yang dilantik oleh beliau berhak mendengar petisyen pilihan raya,” katanya yang memetik beberapa kes undang-undang bagi menyokong pendirian SPR.
“Ini undang-undang yang jelas, dan mahkamah mesti mengikutinya,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


