Tuesday, July 3, 2018

Najib sah ditangkap di rumah


3 Jul 2018, 4:21 petang (Dikemaskini 3 Jul 2018, 5:


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi.

Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Monday, July 2, 2018

Najib bertegas RM2.6b itu derma, ini alasan beliau

 
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap bertegas bahawa AS$681 juta (sering dirujuk sebagai RM2.6 bilion) dalam akaun banknya sebelum pilihan raya umum 2013 adalah derma kerabat Saudi.

Beliau menegaskan perkara itu walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS), dalam saman pelucuthakannya dan pengkritik mendakwa ia berpunca daripada 1MDB.

Menegaskan AS$620 juta daripada AS$681 juta itu dikembalikan kepada “penderma” pada tahun yang sama, Najib berkata derma itu diperoleh susulan pertemuannya dengan almarhum pemerintah Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

“Saya minta baginda dukung kerajaan (Malaysia) kerana saya rasa kerajaannya ada rekod membantu kerajaan-kerajaan lain yang agak mesra dengan mereka.

“Jadi tiada apa yang peliknya dengan permintaan saya dan baginda setuju menyokongnya dan kemudian kami terima surat dan kemudian wang dimasukkan pada masa yang sama baginda janji untuk menderma.

“Saya maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Bank Negara dimaklumkan bahawa dana itu akan masuk,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif minggu lalu.

Pemimpin AMANAH kini 9 dalam kabinet, 1 ketua menteri

 Pemimpin AMANAH kini 9 dalam kabinet, 1 ketua menteri
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara yang berlansung pagi tadi, membariskan 9 pimpinan tertinggi AMANAH untuk menjawat jawatan menteri besar, menteri dan timbalan menteri.

Hari ini pimpinan AMANAH yang mengangkat sumpah terdiri daripada Ahli Parlimen Temerloh yang juga Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya

Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah.

Ahli Parlimen Lumut yang juga Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

Thursday, June 21, 2018

Siasatan 1MDB kini libatkan dana parti komponen BN

Pihak berkuasa sedang menyiasat parti-parti komponen BN dan wakil-wakil rakyat yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, menurut laporan Straits Times Singapura.

Straits Times menjangkakan siasatan itu mungkin menyemarakkan “kegemparan politik serius” kerana akaun bank pihak-pihak terlibat atau proksi mereka mungkin dibekukan sementara siasatan selesai.

“Bukan sahaja akaun bank dibekukan, wakil-wakil rakyat juga boleh hilang kelayakan sebagai MP atau anggota Dewan Undangan Negeri jika didapati bersalah,” menurut laporan itu.

Wednesday, June 20, 2018

PAS KEDAH kemuka nama CALON Speaker, Timbalan Speaker Dun Kedah


Oleh : NURUL HIDAYAH HAMID

ALOR SETAR - Pas Kedah mengemukakan senarai nama calon Speaker dan Timbalan Speaker Kedah bagi Sidang Dun Penggal ke-14 pilihan mereka di Wisma Darulaman, di sini, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau mewakili Pas Kedah mencadangkan nama calon lain selain calon dicadangkan kerajaan negeri.

Beliau yang juga Adun Jeneri berkata, pihaknya mencalonkan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi sebagai Speaker, manakala Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker Kedah.

“Saya mewakili Pas Kedah mencadangkan dua nama ini yang mana ia disokong Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...