Wednesday, August 21, 2019

SERUPA BN, KERAJAAN PH TERUS TIDAK MEMPEDULIKAN M40??

1. Sedikit melegakan melihat DSAI menyeru memberi perhatian kpd miskin bandar. Namun mereka masih menumpukan kpd B40 yg miskin tegar dan miskin yg terperangkap dgn keadaan miskin bandar kerana berhijrah dr kpg dan pendalaman. Ini dinyatakan oleh Rina Harun, Menteri KPLB.

2. Apakah mereka masih di dalam Denial Syndrome atau enggan mengakui bahawa M40 juga ramai yg terperangkap dgn kemiskinan bandar? Saya pernah menulis bahawa M40 dianaktiri dan saya tak akan pernah jemu menyebut lagi bahawa M40 dipinggirkan walau ramai dikalangan mereka yg tinggal di bandar adalah penyokong dan pengundi PH.

Kesian Tuan Ibrahim Tuan Man.. Nyamuk diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak

TUITUMAN DAN POKOK JEJAWI

Sedap dengar Tuituman menasihat polis agar jangan sekat Zakir Naik daripada berdakwah kerana perbuatan itu melanggar nas syarak. Cara Timbalan Presiden parti agama itu menasihat polis semacam polis Malaysia jahil sangat dalam hal ehwal agama.

Beliau minta polis beri nasihat agar Zakir tidak menyentuh hal sensitif semasa berceramah. Sepatutnya yang kena beri peringatan kepada Zakir ialah beliau sendiri kerana isu sensitif yang disebut Zakir semasa berceramah dalam kawasannya, Kota Bharu dan Kubang Kerian. Di mana peranan dan kepekaan Tuituman ketika itu.

Beginilah sikap ahli parti agama nampak peranan orang lain yang tidak berfungsi tetapi lupa peranan sendiri untuk dilaksanakan. Ini orang panggil selek kain lupa pakai seluar dalam. Malulah..

Friday, August 16, 2019

Cara mudah hendak report salahguna media sosial, tanpa perlu ke balai polis.!

#VIRALBROADCAST #SEBARKAN_SELUASNYA....

Taknak ke balai Polis utk buat laporan??
SKRG ANDA PUNYA CARA MEMBANTU #PDRM #KDN DAN #SKMM MENGUATKUASAKAN UNDG2 TERHADAP SALAHGUNA KEBEBASAN BERSUARA DI MEDIA SOSIAL.

Yg ini menarik. Keratan dari 2 mksrt kenyataan TSMY (boleh sahkan dgn melawat ke FB Page beliau di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2392917740786771&id=112183975526837 )

Dengan pengesahan Rasmi oleh Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri..KOMEN pun boleh screenshot dan terus report secara online ke akaun Media Sosial #PDRM yg tertera di bawah.

Thursday, August 15, 2019

Hakikatnya.. Semangat jihad ada tetapi ilmu tiada

Oleh kerana semangat kosong tanpa ilmu agama dan ilmu kenegaraan, ada ustaz penjawat awam yang buat kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara berdarah. Beliau mencadangkan supaya orang Islam bersiap sedia dengan parang kerana "mana tau ada orang kafir nak jadi seperti lembu korban". Sangat serius.

Dua atau tiga minggu lepas saya berdialog dengannya sambil makan tengahari. Beliau memberitahu saya bahawa beliau diarahkan berpindah ke Semenanjung dalam masa 24 jam kerana beliau berceramah tentang hudud di sebuah masjid di negeri bawah bayu. Hal itu berlaku sebelum PRU14. Maksudnya, tindakan diambil oleh kerajaan lama.

Ketika saya sembang semasa makan bersamanya, saya tanya ayat hudud potong tangan tu dalam surah apa? Dia baru nak cari dlm Apps Quran dlm phone.

Kedah di bawah pimpinan Mukhriz.. Apa yang ada?

Kedah di bawah pimpinan Mukhriz
PROFESOR DR SIVAMURUGAN PANDIAN


DATUK Seri Mukhriz Mahathir ialah Menteri Besar Kedah ke-11 dan ke-13 dalam sejarah kepimpinan negeri Kedah sehingga ke hari ini. Uniknya, beliau pernah menjadi Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kini mengetuai kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH).

Pada 6 Mei 2013, Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah buat kali pertama selepas BN merampas semula negeri tersebut daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas 33 bulan atau hampir tiga tahun, beliau melepaskan jawatan kerana UMNO Kedah membuat keputusan tidak menyokong kepimpinannya. Ia dilakukan bukan kerana ketidakupayaan beliau tetapi lebih kepada percaturan politik disebabkan krisis dalaman parti ketika itu.

Ramai yang tidak tahu bahawa beliau melalui pelbagai sepak terajang politik sebelum berada di kedudukan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...