KONGRES MARUAH MELAYU.. TAHNIAH TUN MAHATHIR !
Semalam aku tak berksempatan mengikuti kongres Maruah Melayu sebab sibuk dengan kenduri saudara.. Malam tadi berkesempatan ikuti komen di media sosial..
2- dan yang paling manarik artikel di Malaysiakini tentang komen Dr Maza yang ucapan Tun Mahathir katanya kurang perisa.. Tidak bermaya, tidak jelas bagi mendesak Ummat Melayu bersatu menentang musuh Islam kononnya.. Dan begitulah Mahathir sejak dulu ucapannya.. hatta penulisan nya sebagaimana bukunya " Malay Dilemma " yang mengungkap tentang masalah orang Melayu..
3- Memang benar kata Dr Maza, Ucapan Tun Mahathir itu kurang berbisa , Sebab ucapan Tun itu jujur dari lubuk hatinya untuk mengubah anak bangsa Melayu.. Tun Mahathir tak perlukan perisa Agama dan rempah rempah Ashabiyah Agama untuk sedapkan retorika Melayu dan Islam sebagaimana yang sering diucapkan dan digunakan Mufti Perlis dan Presiden PAS itu sendiri..
Monday, October 7, 2019
Sunday, October 6, 2019
Kepada pemimpin yang mengaku melayu, sudah-sudahlah beretorik.. Melayu hancur kerana anda juga..
Terharu, bersyukur, bersemangat, keliru dan ben,ci adalah antara perasaan yang menerpa fikiran dan dada orang Melayu bila melihat tingkah laku pemimpin Melayu khususnya bila dalam keadaan terdesak.
Setelah berpuluh-puluh tahun bermusuh, akhirnya UMNO dan PAS boleh berbaik dan berjuang atas matlamat yang sama.
Bertahun-tahun berseteru, berjuta kata nista dilempar kepada satu sama lain, boleh lenyap begitu sahaja hanya atas sebab masing-masing setuju ada musuh lebih besar yang harus dimusnahkan.
Dengan kata lain, permusuhan dan perbezaan sesama UMNO dan PAS boleh ditangguhkan dahulu.
Hasilnya 'berbaiklah' dua parti terbesar orang Melayu ini dan menandatangani Piagam Perpaduan Ummah dan pelancaran Muafakat Nasional adalah permulaan kepada 'persahabatan' yang begitu dirindui oleh umat Melayu.

Saturday, October 5, 2019
Media PH gagal salurkan maklumat tepat, baik menteri penerangan letak jawatan!
MIER bagi cadangan kpd Tun, suruh buat semula GST untuk meringankan beban ekonomi yang terpaksa ditanggung kerajaan sekarang.
Atas cakap berlapik menghormati MIER, Tun kata kena tanya rakyat.
Lalu kebanyakan rakyat termasuk TV3 suku, memahami dan sengaja mengulas seolah Tun dan kerajaan nak laksana semula GST.
Cara TV3 menebual individu tertentu untuk menyokong GST dilaksanakan semula seolah GST betul2 akan dilaksanakan semula.
GST : Orang Lain Yang Bagi Cadangan, PH Pulak Yang Disalahkan...
Orang lain yang bagi cadangan kerajaan PH yang di fitnah dan di tomah dikatakan nak laksanakan GST semula.
Sedangkan MIER inilah juga pada tahun 2013 yang beri idea kepada BN NAJIB supaya laksanakan GST nie..
Dan selama 2 tahun rakyat Malaysia bergelumang dengan sistem yang dimanipulasi oleh BN untuk buat duit dengan sedut dari poket rakyat.
Friday, October 4, 2019
Isu peneroka Felcra Bukit Tandak - mana janji arwah Tg NIK AZIZ?
Isu Peneroka Felcra Bukit Tandak vs Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1
Salinan surat bertandatangan arwah TGNA berkaitan isu Tanah Peneroka FELCRA Bukit Tandak bertarikh 13/3/2013 iaitu sebelum PRU12 pada 5/5/2019, sehari lepas tu arwah TGNA bukan lagi Menteri Besar Kelantan.
Masa itu kes ini arwah sudah minta selesaikan. Tapi apabila naik Kabinet Baru, kes ini jadi lain. Permintaannya tidak lagi dipatuhi.
Salinan surat penuh ada dgn saya. Dalam kes ini saya betul2 kesian dekat 348 orang peneroka asal, sejak 1979 lagi mereka masuk teroka kawasan itu.
Tapi lepas arwah Mb tak lagi jadi MB, datang Pengerusi Jk Tanah yang baru, ada senarai tambahan, katanya senarai tercicir seramai 295 orang. Cuba fikirkan benda “ajaib” tu. Paling ajaib yang lahir 1983 pun ada jadi Peneroka tanah 1979, boleh bayang tak apa yang berlaku ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)