Friday, December 11, 2020
Siapakah FFIRA MIKAH yang boleh namanya diabadikan di satu mini stadium di Kedah?
Thursday, December 10, 2020
Sebelum dan selepas mendapat kuasa..?!?
Sebelum berkuasa asyik kelihatannya semangat berslogan itu dan ini. Didesak orang seolah-olah hari esok baginya itu sudah pasti tiada.
Namun setelah berkuasa lain pula nadanya. Bila didesak oleh orang tahu pula dia minta bersabar dan menunggu kerana waktunya akan tiba.
Begitulah kita diuji. Ada manusia diuji dengan kemiskinan. Ada manusia diuji dengan kuasa. Ada juga yang diuji dengan kata-katanya.
Moga Allah tetapkan kita semua atas prinsip. Jika Islam yang kita bawa, pastikan ia menjadi pemandu. Bukan ia pula ditunggang untuk kepuasan nafsu.
Dr Rozaimi Ramle
Tuesday, December 8, 2020
"Strong, Formidable and Convincing"
Selalu sangat pembenci DS Anwar mainkan ayat ini. Konon nak menyindir DS Anwar. Ayat ini juga yang buat Caituk tuduh DS Anwar menipu termasuklah menipu YDP Agong.
Apakah yang cuba dielak oleh SYAFIQ sebelom kemalangan berlaku..?
Sebelum menulis pandangan saya terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada Syafiq sekeluarga diatas kehilangan ibu mertua dan anak kecil beliau dlm kemalangan tersebut.
Dari perhatian netizen dok komen di media sosial dapat dirumuskan ada beberapa faktor kenapa kemalangan berlaku.
Syafiq sendiri akui bahawa ada objek diatas jalan tersebut dan beliau cuba mengelak nya..
Jawapan Syafiq sendiri menyanggah kenyataan pihak berkuasa bahaaa beliau tertidur.
Dari komen2 netizen pula mereka ada mengatakan micro sleep dan ada yg mengatakan bahawa laluan tersebut "keras".. Ada nampak kuda melintas.. Anjing serta benda yg tak tahu asal usul dari mana..
Friday, December 4, 2020
Sanusi jawab berkenaan isu perobohan kuil di Kedah.
Isu perobohan struktur atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi.
Lambat laun, tataletak setiap binaan struktur di semua tempat patut berada pada tempatnya secara sah dan terkawal menurut garis undang-undang dan pentadbiran yang diletakkan dibawah agensi kerajaan. Ia harus bermula sejak dulu lagi, bukan sekarang walaupun masih belum terlambat untuk melakukannya.
Sedikit kekecohan yang diapi-apikan oleh pihak berkepentingan pada waktu ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi untuk membina masa depan yang lebih tenteram dan harmoni. Jangan sampai kita bergaduh pada masa depan hanya kerana 'mabuk todi populariti', mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.




