Friday, October 29, 2021

Yb Pas bagi cek tendang kepada ayah Adib. RM300 pun guna cek!


 Amatlah malang bagi rakyat bilamana ada YB boleh bagi cek tendang kepada keluarga ini..

Mereka memerlukan wang perbelanjaan bilamana pergi membuat rawatan di KL.. jadi tidak payahlah lagi mengharapkan wang dari cek tendang tersebut tapi biarlah kita yg membantu beliau..



Sunday, October 24, 2021

ULAMAK PAS KATA DAP LEBIH HARAM DARI ARAK.. JADI HARAMKANLAH PENUBUHAN DAP..!


 DAP LEBIH HARAM

Kata seorang alamak dari parti penunggang agama, arak itu haram tetapi DAP lebih haram dari arak.

Haram DAP itu tak tahulah haram tahap apa, dosa besar ka atau setakat haram di mulut.

Arak semua tahu hukumnya haram dalam Islam malah merupakan salah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud.

Ada pun haramnya DAP yang dilabel oleh penunggang agama tersebut merupakan haram berbentuk jenayah atau bagaimana tidaklah diketahui.

Sekarang lebai penunggang agama adalah anggota Kerajaan, jika benarlah DAP lebih haram berbanding arak, eloklah dibatalkan pendaftaran DAP. Kuasa ada pada kamu.

Dah la judi tak selesai, arak diiktiraf hanya untuk bukan Islam jadi tidak boleh diharamkan, DAP pula lebih haram perlulah diambil tindakan.

Sila la. Nak tengok berani ke tidak. Kalau setakat nak tulis, nak sembang, burung kakaktua pun reti.


Zulhazmi Shariff

Tuesday, October 19, 2021

PULAU BATU PUTIH.. APAKAH MUSLIHAT UMNO BN WUJUDKAN J/KUASA??


 PULAU BATU PUTIH

1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.

2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan. 

Thursday, October 14, 2021

PANDORA PAPERS - WALAUPUN BERBILION DIBAWA KELUAR, UMNO PAS BERSATU MASIH DIAM MENYEPI?


 Akhirnya selepas 3X Dsai cuba bangkitkan isu PANDORA PAPERS untuk dibahas dalam dewan namun kerajaan menggunakan pelbagai helah utk tidak dibahaskan... 

Jika dilihat harta bertrilion itu satu pon tak ada nama Anwar dibangkitian... mungkin sebab itu depa takut utk bahas dalam parlimen..




Tuesday, October 12, 2021

KENAPA UMNO DAN PAS TIDAK "BUNUH" DAP KETIKA MEREKA ADA KUASA?

 

MELAYU MUDAH DIJAJAH KERANA MINDA LEMAH

Jika bukan kerana Dap sudah lama org Melayu senang. Dah lama Malaysia ini semaju Singapura atau sekaya Jepun. Candu kebodohan org Melayu terletak kpd namanya Dap.

Sebenarnya jika belajar sejarah... byk perkara yg pemimpin Melayu lakukan mengikuti apa yg dilakukan penjajahan British. Mereka mencari kelemahan org Melayu.

British tahu org Melayu benci Cina komunis. Sdgkan waktu Jepun menjajah Malaya, Inggeris salurkan senjata kpd komunis utk menyerang Jepun. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...