Friday, August 26, 2022

Najib masuk penjara.. nak bergembira atau bersedih..?


 Menjawab Kenyataan & Tulisan YB Kuala Nerus al-Takiri Berhubung Penghakiman keatas Dato’ Sri Najib Razak
 
1.Saya membaca tulisan YB Dato’ Dr. Khairuddin Takiri, ahli Parlimen Kuala Nerus dalam mengulas penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap kes pendakwaan SRC International melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak.
 
2.Saya kira, saya mesti bersetuju dengan YB Kuala Nerus akan beberapa perkara secara umum. Kita tidak patut bergembira atas musibah orang lain, kita tidak boleh melupakan jasa dan kebaikan pihak lain seakan tiada nilai dan terlalu melampau dalam meraikan penghakiman itu.
 
3.Namun! Mengapakah YB Kuala Nerus tidak berlaku jujur dan seimbang dalam menyebutkan ‘jasa’ dan musibah yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-6 itu? Mengapa tidak disebutkan juga beban hutang yang terpaksa dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia disebabkan kesalahan jenayah yang beliau dihukum di Mahkamah Persekutuan itu?
 

Thursday, August 25, 2022

KEPADA PUAK UMNO PENYOKONG NAJIB BERSABARLAH.. DIA KENA DUDUK 3 TAHUN DALAM PENJARA DULU..!


 Riuh, kecoh, heboh paksa YDPA dan PM campurtangan beri pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuh hukuman 12 tahun penjara semalam.

Harus diingat seseorang banduan perlu sempurnakan 3 tahun hukuman dari tarikh sabitan sekiranya nak dapat pengampunan sekalipun.



Negara ini punyai undang-undang dan keluhuran perlembagaan perlu dijunjung tinggi. Ini tak sempat 24 jam jalan hukuman dah riuh paksa pengampunan. 

Ini bukan negara UMNO, ini negara berdaulat, berpelembagaan dan merdeka. Di manakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT?



Wednesday, August 24, 2022

DENDA RM210JUTA BELOM BAYAQ, PENJARA BARU SEMALAM DAH KALUT NAK SURUH MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA..!


 AMPUN

Seusai Mankamah Persekutuan memberikan penghakiman menolak rayuan penyamun Najib Razak, berkumandanglah angan-angan di kalangan penyokong perompak ini bahawa mereka akan memohon mengadap ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong merafak sembah memohon pengampunan terhadap Najib.

Kadang-kadang berasa lucu dan taajjub dengan perasan dan kelaku mereka ini. Mereka bayangkan Yang di-Pertuan Agong itu umpama budak suruhan mereka yang mesti memberi ampun kepada Najib kerana Najib adalah Bosku. Mereka langsung tidak faham kuasa ke Bawah Duli Tuanku dan Perlembagaan.

Bagi mereka itu semua tidak penting kerana yang penting Najib mesti dikeluarkan dari penjara.

Monday, August 22, 2022

SYARIKAT PALSU DIMILIKI KELUARGA MENTERI


 Dari Rafizi Ramli
22 Ogos 2022

SYARIKAT PALSU DIMILIKI KELUARGA MENTERI

Minggu lalu, saya telah mendedahkan bagaimana syarikat-syarikat palsu yang mirip nama syarikat Perancis (yang benar-benar wujud) telah digunakan untuk menjadi pembekal alat-alat ganti (“spare parts”) kepada projek kapal LCS. 

Siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan saya menunjukkan kesimpulan-kesimpulan berikut:

1. Dua buah syarikat palsu yang menggunakan nama Alizes Marine telah didaftarkan. Sebuah syarikat bernama Alizes Marine Limited yang didaftarkan di Malta dan sebuah lagi syarikat bernama Alizes Marine Labuan yang didaftarkan di Labuan. 

Sunday, August 21, 2022

NAJIB DIDAPATI BERSALAH REMBAT DUIT KWAP, ITU DUIT PENCEN HANGPA LAA YG DISALAH GUNA!


 Sebab ramai pula yang nak solat hajat, saya repost balik artikel lama saya untuk pakcik makcik yang kebanyakannya pesara kakitangan awam, dari mana sumber wang SRC ini.


Pakcik Makcik, ini saya hendak beri tahu, yang Duit 4 billion KWAP yang Najib Razak sebat itu adalah duit pencen Pakcik Makcik yang di salah guna ke dalam SRC. Najib Razak sudah di buktikan bersalah oleh Mahkamah dan alasan dia yang paling bagus untuk selamatkan diri telah di jawab oleh Yang Mulia Hakim dalam Mahkamah.


"Saya mangsa penipuan Jho Low" - Hakim kata Najib tahu wang masuk dalam akaun Am Bank dia tapi dia tak report pun pada pihak berkuasa. Lagi satu dia kata dia mangsa tipu Jho Low, tapi hakim kata siapa Tuan Jho Low ( Najib la tuewww)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...