Tuesday, November 14, 2023

DEBAT WALAUN vs WALANON dalam isu istilah KAFIR & NON MUSLIM

 


Berdebat dengan walaun ni menarik dalam memahami mentaliti mereka dalam dakwah.

Isu nya menggunakan perkataan kafir kepada non Muslim. Katanya itu sahaja perkataan digunakan dalam alquran kepada orang bukan Islam dan seolah-olah kalau tak pakai perkataan kafir, maka menyanggah islam. Walhal, yang di pertikai kan oleh speaker ialah menggunakan perkataan kafir kepada orang Islam apabila PAS menyebut DAP Kafir sedangkan ada orang islam dalam DAP.
Dia tak berani sebut ahli kitab juga merujuk kepada Kristian.
Penggunaan berbeza ini menunjukkan sikap kita juga berbeza kepada mereka yang bersama atau memerangi kita.
Menarik buku di baca ialah the right of non Muslim in an islam society oleh dr yusuf Al Qaardawi.


PENJELASAN ISU KAFIR MENGKAFIR


Thursday, November 2, 2023

MANTAN MEJAR JENERAL DAN DR YG DIKETAWAKAN

 

Dulu saya terkejut bagaimana seorang Dr boleh mengatakan menu rahmah boleh membuatkan rakyat menghidapi kanser dan autisme. 

Masa itu saya anggap Dr Halimah terkena penyakit ‘bebal’ kerana sikap kepartian. Kita nak bantu rakyat dgn harga makanan murah dikaitkan dgn penyakit kanser. Apa kajian santifik yg membenarkan kenyataannya?

Tapi kali ini bila dia kata mengapa bantuan ke Gaza tidak dihantar melalui udara… tak tau samada dia berfikir di luar kotak atau dia memang bebal (maaf agak kasar bunyinya).

Thursday, October 26, 2023

APAKAH MARANG BERMAIN WAYANG DALAM PARLIMEN?


WAYANG PAS 

Kita bagi fakta, macam mana PAS bela undang2 syariah ketika mereka berkuasa. 

1. Kes Iki Putra diputuskan pada tahun 2021. Ketika PAS jadi Kerajaan. Mahkamah Persekutuan buat keputusan untuk ketepikan Undang2 Syariah Negeri Selangor. Apa yang PAS buat masa tu? Nada. Ada ambil tindakan kepada Iki Putra? Ada nak buat pindaan undang2? Tiada, sebab syok berkuasa. 

2. RUU 355 untuk buat Undang2 Hudud di Malaysia, mereka peramkan saja. Presiden PAS bentang tahun 2016 lagi, tapi taknak bahas dan taknak undi. Sampai lah ke hari ni. 33 bulan pun tak nampak prioriti. Banyak berdalih. Nampak sangat hanya retorik politik.

POLEMIK KAFIR - TAK PAYAH JAGA HATI PAS BOLEHLAH TUKAR NAMA DHPP KE DHPKP..!

Polemik Perkataan Kafir.

Lepas ini 4 negeri kerajaan PAS akan menggunakan perkataan “kafir” dalam mana2 majlis rasmi atau kempen politik mereka. 

Kita mahu PAS buktikan cakap mereka bukan kosong, PAS menjadi pelopor penggunaan perkataan “kafir” untuk berurusan dan berdakwah kepada kaum bukan Islam.

Jenis sembang deraihhh ni, kita tahu takat mana ja depa boleh pi…



Jika dah tak nak jaga hati maka selepas nie DHPP... DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS tuu kita pakat pie tukat jadi DHPKP.. DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG KAFIR PAS...

Amacam ada mau bikin kaa..

TOK AYAH

 

Wednesday, October 25, 2023

MARANG bukan MERENG..!!!


 Marang bukan Mereng

1. Hari ini secara kebetulan semasa menunggu masuknya waktu zohor, saya terdengar Timbalan Speaker menjemput Marang untuk membahaskan belanjawan.

2. Saya fikir saya salah dengar kerana Marang acap kali ponteng sidang. Apabila meninjau skrin komputer jelaslah memang Marang.

3. Marang nampak uzur. Marang sebaya dengan YB Pagoh dan YAB Tambun. Tapi Marang nampak uzur.

4. Difahamkan Marang kini mengalami penyakit kegagalan buah pinggang tahap akhir dan perlu menjalani dialisis. Biasa untuk pesakit dialisis uzur. Semoga Allah selamatkan kita dari penyakit buah pinggang dll penyakit.

5. Marang memulakan ucapan dengan menegur Tambun, seolah-olah besar sungguh kesalahan Tambun itu sehingga perlu ditegur secara terbuka dalam sidang parlimen.

6. Kata Marang, ayat pembukaan belanjawan oleh Tambun iaitu surah al-Qasas ayat 77 itu tidak sempurna kerana perlu dibaca dulu dengan ayat 78. Katanya seperti pakai kasut sebelah, tak sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...