Wednesday, February 14, 2018

Laporan SPRM oleh Pemuda Umno Sungai Besar berkaitan pendedahan korupsi kaitan kartel Azmin

Catatan Umum

13 Febuari 2018


Berdasarkan laporan media saya dimaklumkan satu laporan SPRM ke atas pendedahan blog che'GuBard mengenai Korupsi Ketua Cabang PKR Sungai Besar dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam ( klik http://chegubard.blogspot.my/2018/02/jenayah-korupsi-paling-kecil-libat.html ) telah dibuat oleh Khairulnaem Abu Samah selaku Pengerusi (NGO) Nadi Rakyat Cawangan Sungai Besar, saya juga difahamkan beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam.

Dalam sidang media sebelum membuat laporan  ( klik https://www.facebook.com/tawanselangor/videos/145596156111019/ ) Khairulnaem telah mencabar saya supaya tampil ke SPRM dengan menunjukkan cetakan termasuk bukti imej pendedahan dari blog che'GuBard. (http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/30489-sprm-digesa-siasat-kes-rasuah-libatkan-ketua-cabang-pkr-sungai-besar.html)

Lewat petang tadi ada beberapa teman media mula menghubungi untuk mendapatkan respon. Saya berjanji akan menjawabnya secara bertulis.

Selama ini Umno Selangor begitu 'lembab' dalam pick up isu berkaitan pendedahan korupsi kaitan kartel Azmin dan inilah kali pertama ada pihak Umno bertindak pro aktif, tahniah. Seperti saya sebut semua pendedahan saya , sebelum didedahkan saya telah beri kepada pimpinan kanan parti komponen PH khususnya PKR untuk meneliti dan bertindak namun selalunya bila berdepan isu kartel Azmin Ali mereka pasti gagal bertindak. Inilah yang mengundang lucu kerana bagaimana nak percaya janji mereka akan mengawal Mahathir ketika dijadikan PM semula nanti kerana Azmin baru jadi MB semua menikus untuk menjaga periuk nasi masing - masing.

Untuk pengetahuan semua sebelum Khairulnaem membuat laporan SPRM semalam, bukti - bukti berkaitan pendedahan korupsi Ketua PKR Sungai Besar dan Sabak Bernam itu telah sampai ke SPRM Selangor hampir setahun lalu melalui aduan orang dalam PKR Sabak Bernam sendiri yang menyedari dan benci dengan korupsi yang berlaku. Laporan yang dibuat turut sampai salinanya kepada pimpinan parti termasuk Menteri Besar sendiri. Malangnya pimpinan parti bukannya bertindak atas jenayah yang diadukan sebaliknya terus melindungi dan memberi amaran kepada pengadu supaya jangan hebahkan. Watak yang diadukan pula bukanya takut dengan aduan malah dengan bangga menyatakan dia tidak takut seolah dilindungi termasuk oleh tangan ghaib yang mengawal peringkat tertentu dalam SPRM.

Saya sedia untuk tampil memberikan kerjasama kepada SPRM namun SPRM itu sendiri harus tampil memberikan penjelasan bagaimana dengan laporan yang berusia hampir setahun tidak ada tindakan sehingga kini. Malah saya difahamkan pengadu turut menyerahkan beberapa gadget dan peralatan elektronik miliknya yang menyimpan bukti korupsi sehingga kini masih dalam simpanan SPRM, pegawai penyiasat dikatakan menyatakan ada bukti tetapi sehingga kini tidak ada tindakan.

Adakah semua ini ada kaitan dengan kerjasama Azmin dengan Peguam Negara ? Adakah ini ada kena mengena dengan Faridah Begum (isteri Peguam Negara) yang memiliki media pro pembangkang yang mana didedahkan baru - baru ini di mana akaun syarikat media ini mendapat jutaan ringgit kemasukan yang tidak dikenal pasti sumbernya ?

Isu korupsi diperingkat PBT (ahli majlis MDSB) melibatkan ketua cabang PKR ini hanya secebis kecil dari jenayah rompakan atau korupsi oleh Kartel Azmin Ali di Selangor ini. Namun isu korupsi ini menjadi jawapan kenapa sewaan tapak perniagaan di Lembah Kelang khususnya Selangor menjadi mahal. Untuk menampung kos korupsi, sewaan tapak perniagaan menjadi berlipat kali mahal. Kos tapak perniagaan yang mahal akan mengakibatkan barang atau perkhidmatan terpaksa dinaikkan harga, maka pengguna akan menanggung beban akhirnya.

Kepada pihak media, mohon untuk bertanyakan kepada Azmin Ali ataupun Presiden PKR mengenai isu ini, tanyakan juga kepada YDP yang sangat sedar mengenai perkara ini tetapi melindungi. Mohon juga bertanyakan kepada SPRM Selangor apa jadi dengan aduan kes ini yang jelas Ketua cabang PKR berada dalam mesyuarat yang mana projek diluluskan kepada syarikat ada kepentingan dia, juga dia terlibat membayar Ketua Cabang PKR Sabak Bernam wang tunai sebagai habuan membantu meluluskan projek. Dalam kerajaan #smartKorupsi Selangor pesalah bangga kerana jaringan Kartel Azmin yang #smartKorupsi bijak melindungi.

Tahniah kepada Khairulnaem dan diharapkan tidak terhenti sekadar laporan SPRM itu sahaja. Dalam isu ini insyaAllah che'GuBard akan mencetak risalah mengandungi bukti korupsi yang dinyatakan (termasuk yang belum didedahkan), jika PH gagal mengambil tindakan ke atas dua Ketua Cabang PKR ini maka rakyat akan melihat PH melindungi perasuah.

catatan oleh che'GuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...