Tuesday, February 20, 2018

Zahid beri bayangan PRU14 sebelum Aidilfitri


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin diadakan sebelum Aidilfitri tahun ini.

“Kita ada tiga raya…raya Cina baru lepas…sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,” katanya ketika berucap pada majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Agama Maahd Al-Islah di Sungai Manik di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan pengetua sekolah agama itu Agus Lokman Sulam.



Pada November lepas, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun ini.

Tarikh mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...