Thursday, March 15, 2018

1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya

1MDB hari ini berkata CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik firma pelaburan negara itu.

Sebaliknya, 1MDB mendakwa bahawa wang berkenaan adalah pertikaian antara bank Switzerland dan kerajaan negara itu.

"Menurut Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer, bank-bank yang relevan tmempertikaikan tindakan Pusat Kawal Selia Kewangan Swiss (Finma) dan sedang merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah dituntut oleh bank-bank yang relevan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB berkata amaun itu adalah penyingkiran keuntungan yang diarahkan oleh Finma terhadap bank-bank tertentu, yang dikatakan melanggar undang-undang Switzerland.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah hasil denda oleh Finma, terhadap bank-bank tertentu," katanya.


1MDB menegaskan bahawa tidak ada dana miliknya yang diselewengkan.

"Malah Finma sendiri berkata bahawa hanya mereka yang 'terjejas secara langsung' oleh dakwaan tindakan pengantara kewangan di Switzerland boleh menuntut sebahagian daripada denda itu dan ia perlu melalui proses undang-undang.

"1MDB mengulangi kenyataannya sebelum ini yang ia tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya diambil kira sepenuhnya,” kata firma itu.

Pada 16 Jun tahun lalu, ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, mengemukakan usul 17.3547 bertajuk 'Penghantaran Balik Dana Rasuah kepada Rakyat Yang Dirompak'.

Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan atau kabinet Switzerland, mengeluarkan analisis terperinci mengenai usul itu dan mencadangkan untuk menolak usul tersebut.

Antara lain, sejumlah CHF 104 juta (kira-kira RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...