Sunday, March 4, 2018

APABILA SEL-SEL OTAK LEBAI TAK BERSAMBUNG


1. Cuba teliti cara lebai berfikir, sama ada lebai serban, atau lebai rajin kuliah, atau lebai ada PhD, bahkan lebai pensyarah, gayanya serupa saja.

2. Sokong Akta 164, dikata sokong murtad. Begitu juga apabila orang bincang tentang SOP dan pindaan kepada Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, juga dikata setuju dgn murtad.

3. Bilalah agaknya sel-sel otak lebai sebegitu nak bersambung? Isunya ialah isu bidangkuasa mahkamah syariah, bukan isu setuju dgn murtad atau sokong murtad.

4. Dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri seperti Perak atau Selangor, mahkamah syariahnya ada bidangkuasa utk mengisytiharkan seseorang sebagai bukan lagi seorang Islam.

5. Tetapi bidang kuasa sebegitu tidak ada pada mahkamah syariah di Sarawak. Isunya ialah, mahkamah mana yg patut putuskan permohonan seseorang yg mahu dirinya diisytihar bukan Islam?


6. Mahkamah Syariah Sarawak tiada bidang kuasa dan Ordinan Sarawak juga tiada bidang kuasa dlm permohonan sebegitu. Maka permohonan sebegitu nak diselesaikan oleh bidangkuasa mana?

7. Apabila hal itu berlaku, maka dicadangkan pewujudan suatu SOP mengenai isu berkenaan kerana masyarakat di sana mengadu tentang kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka.

8. Hal ini kerana nama dalam kad pengenalan mereka mirip nama orang Islam, tetapi mereka tidak pernah beramal dgn agama Islam.

9. Atau, mereka diislamkan secara ad-hoc oleh pihak tertentu kemudian dibiar terkapai-kapai tanpa pemantauan dan pendidikan.

10. Isu ini perlu ada jalan keluar utk menjamin keharmonian hubungan sesama anggota masyarakat. Ini bukan isu sokong murtad, wahai lebai.

11. Kalau lebai biasa-biasa aku tak kisah sangat, tetapi apabila yg tak faham isu ini ialah lebai yg ada PhD, atau lebai MP, atau lebai pengarah sekolah politik universiti, aku tak tau nak kata apa lagi.

ZOLA
Proton City,
Tanjong Malim, Perak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...