Tuesday, March 6, 2018

Buat apa Kerajaan Malaysia jadi 'peguam bela' Jho Low?

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/12/jho-low.jpg.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia tidak sewajarnya berperanan selaku ‘peguam bela’ kepada jutawan kontroversi, Jho Low sekiranya serius dalam menangani isu 1MDB bagi memastikan wang negara yang lesap dipulangkan semula.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peruntukan undang-undang jelas bahawa dana syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diseleweng.

“Sekiranya kerajaan menunjukkan keseriusan dalam isu 1MDB, sewajarnya mereka bukan bertindak sebagai ‘peguam bela’ kepada Jho Low tetapi memastikan wang negara yang lesap diambil kembali.

“Kes 1MDB telah jadi kes di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Australia tetapi Malaysia malangnya lepas tangan.


Pandangan sama turut dinyatakan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hairan apabila individu yang banyak berjasa kepada negara seperti Robert Kuok dicerca oleh Menteri Umno namun Jho Low dibela oleh pimpinan Umno-BN.


“Jho Low adalah musuh negara, pengkhianat negara dan sepatutnya kerajaan bertindak dengan amanah dan berintegriti mengambil tindakan jenayah ke atasnya.

“Kalau tak memang jelaslah kerajaan bersekongkol dengan perompak terbesar negara,” tegasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Ketua Polis Negara sepatutnya ketika ini sudah menghubungi kerajaan Indonesia bagi mendapatkan maklumat dan lokasi semasa Jho Low.

“Arahan ekstradisi perlu dikeluarkan untuk mengheret dalang skandal 1MDB itu ke muka pengadilan.

“Ketua Polis Negara tidak perlu menunggu ‘green light’ daripada Malaysian Official 1 (MO1) kerana pastinya MO1 tidak akan sesekali akan memberi keizinan tindakan diambil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...