Thursday, March 8, 2018

JHO LOW Tiada kaitan dengan 1MDB kata KPN

Berita Harian online semalam melaporkan dengan memetik kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai berkata bahawa Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016 Walau bagaimana pun siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). Laporan Berita Harian Online tersebut boleh dilihat di sini :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396956/jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-kpn

Pelik, hairan dan amat ajaib.

Untuk mengetahui hubungan Jho Low dengan 1MDB, kita kena tahu dan faham asal usul 1MDB dan bagaimana 1MDB beroperasi.

Melalui Laporan PAC bertarikh 07/04/2016 tersebut 1MDB berasal dari TIA iaitu Terengganu Investment Authority Berhad. Kita boleh rujuk muka surat 4 - 5 Laporan PAC.

4.1 Penubuhan syarikat 1MDB sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kaitan secara langsung dengan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang ditubuhkan Menteri Besar Terengganu Diperbadankan (MBI Terengganu) pada 27 Februari 2009.



4.2 Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11 bilion. Dana berkenaan akan diperoleh daripada pendapatan royalti minyak tertunggak sejumlah RM6 bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran
kewangan tempatan sera luar negara dengan cadangan kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah RM5 bilion bersandarkan pendapatan minyak masa depan Terengganu.

4.3 Pada 1 April 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan TIA supaya Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada TIA untuk meminjam sehingga RM5 bilion daripada pasaran kewangan tempatan dan luar negara melalui Islamic Medium Term Notes (IMTN) untuk pelaburan.
Jaminan yang dikeluarkan adalah selaras dengan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 yang meliputi bayaran balik prinsipal dan faedah untuk tempoh 30 tahun.

4.4 Berikutan itu pada 15 Mei 2009, satu perjanjian program ditandatangani antara TIA dan AmInvestment Bank Berhad untuk urusan terbitan IMTN berjumlah RM5 bilion. Walau bagaimanapun, perjanjian ini mendapat bantahan daripada MBI Terengganu.

4.5 Kerajaan Persekutuan kemudian memutuskan untuk mengambil alih TIA dan proses pengambilalihan berkenaan berjaya disempurnakan pada 31 Julai 2009 dan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009.

4.6 Bermula daripada 25 September 2009 itu juga hala tuju 1MDB ditukar daripada tujuan sebagai sebuah dana kekayaan negara di bawah TIA kepada sebuah syarikat pembangunan strategik yang menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dengan modal dibenarkan berjumlah RM1bilion dan modal berbayar berjumlah RM1,000,002.

OK. Kesimpulannya, 1MDB adalah berasal dari TIA dan ditukar nama kepada 1MDB pada 25/09/2009.

Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Razak mengambil alih TIA dan tukar kepada 1MDB berpunca daripada masalah pengeluaran Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang dibantah oleh MBI Terengganu.

Kita rujuk pula kepada muka surat 13 - 14 Laporan PAC.

Laporan PAC menyebut sperti berikut :

Semakan JAN mendapati semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 10 Oktober 2009, Encik Shahrol memaklumkan terbitan IMTN disegerakan atas permintaan penasihat khas TIA dengan tujuan untuk membangunkan Pulau Bidong dengan kerjasama syarikat Mubadala pada tahun 2009. Pihak AmBank (yang turut hadir dalam mesyuarat) juga telah mengesahkan penasihat khas TIA telah meminta terbitan bon disegerakan. Namun demikian, melalui kenyataan akhbar pada 23 Mei 2009, pihak Mubadala menafikan penglibatannya di Malaysia selain daripada projek di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.

Semakan JAN mendapati penasihat-penasihat khas TIA yang dilantik pada 8 April 2009 ialah Dato Abdul Aziz bin Mohd Akhir dan Encik Low Taek Jho.

Kita rujuk balik asal penubuhan 1MDB. 1MDB diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dari TIA milik MBI Terengganu pada 31/07/2009 dan ditukar nama kepada 1MDB pada 25/09/2009.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 10/10/2009, Encik Shahrol Azhar (Ketua Pegawai Eksekutif TIA) memaklumkan bahawa pengeluaran IMTN disegerakan atas permintaan penasihat khas TIA. Semakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) menadapati penasihat khas TIA yang dilantik pada 08/04/2009 ialah Dato' Abdul Aziz bin Mohd Akhir dan Encik Low Taek Jho.

Segala masalah 1MDB bermula dan berpunca daripada pengeluaran IMTN. Lembaga Pengarah 1MDB (TIA) meminta pengeluaran IMTN ditangguhkan tetapi IMTN tetap dikeluarkan atas permintaan penasihat khas yang mana salah seorangnya ialah Encik Low Taek Jho.

Siapa Low Taek Jho? Low Taek Jho ialah nama sebenar Jho Low.

Takkan sejelas-jelas macam tu PDRM tak jumpa? Boleh tak PDRM bentangkan kepada rakyat Malaysia apa yang PDRM siasat sebab aku sebagai rakyat Malaysia nak tengok macamana PDRM tak jumpa hubungan Jho Low dengan 1MDB. Mungkin betul tak ada hubungan tapi betul ke tak ada hubungan?

Saya nak tau.

ZULHAZMI SHARIFF
08032018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...