Thursday, March 8, 2018

Terbitan bon 1MDB: Anak PM Australia dakwa jadi mangsa



Anak Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull adalah individu terbaru yang mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDD, firma pelaburan Malaysia yang bermasalah.

Menurut The Australian, Alex Turnbull seorang tokoh perbankan mendakwa beliau telah diketepikan daripada kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura empat tahun lalu. Ini selepas beliau cuba mengketengahkan perjanjian mencurigakan membabitkan berbilion-bilion dolar bank global itu dengan 1MDB.



Laporan itu memetik Turnbull sebagai berkata bahawa beliau telah menimbulkan kebimbangan dengan rakan-rakan mengenai bon AS$6 bilion yang diterbitkan untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 serta ketiadaan ketelusan dalam dokumen mengenai cara dana itu akan digunakan.

"Apabila perjanjian 1MDB dimeterai dengan Goldman, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan dan berkata, 'Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, dan untuk apa kegunaan dana itu? " katanya yang dipetik oleh The Australian.

"Dan saya diberi nasihat oleh bahagian pematuhan (Goldman Sachs)," kata Turnbull yang dilaporkan tidak terlibat dalam menerbitkan bon berkenaan yang menyaksikan bank pelaburan global itu membuat keuntungan AS$590 juta bentuk yuran dan komisen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...