Friday, March 9, 2018

Mangsa Ribut Di Yan Dapat Bantuan Awal

YAN, 9 Mac (Bernama) -- Mangsa ribut membabitkan lebih 40 rumah di beberapa kampung di daerah ini menerima bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai daripada pejabat Parlimen Jerai bagi membantu mangsa membaiki rumah mereka yang rosak akibat bencana itu.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bantuan diberi menerusi empat kategori mangsa ribut iaitu kategori A membabitkan dua individu yang rumahnya ranap dan tidak boleh dibaiki yang menerima wang tunai RM10,000.

Beliau berkata kategori B pula ialah rumah rosak teruk tetapi masih boleh dibaiki membabitkan 14 mangsa menerima RM5,000 setiap seorang manakala kategori C bantuan RM2,000 diberikan kepada 11 mangsa yang rumah mereka rosak sederhana.



"Kategori D pula melibatkan kerosakan kecil seperti zink tercabut dengan bantuan RM1,000 seorang (18 mangsa)," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Surau Haji Jaafar, Kampung Gelam 3, Bukit Besar di sini hari ini.

Jami Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sama sekali tidak meminggirkan nasib mangsa ribut terbabit malah akan mengusahakan pelbagai kaedah bagi membolehkan mereka dibantu.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...