Sunday, March 18, 2018

Tun M : Apabila duit 1MDB RM42 bilion diisi dalam lori kecil...


Sambutan hangat warga Felda terhadap ceramah PH menghairankan Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun begitu, Tun Mahathir tahu perdana menteri tidaklah mempunyai banyak wang memandangkan gaji yang diperoleh adalah kecil.

“Saya pun tahu gaji perdana menteri tak besar. Dia nak bagi duit kepada berjuta-juta orang. Nak cari duit di mana?

“Saya pun hairan rupanya-rupanya dia nak curi duit. Sebab itulah dia tubuh syarikat 1MDB (1Malaysia Develpoment Berhad). Syarikat ini pinjam RM42 bilion,” jelasnya.

Beliau kemudiannya mengggunakan contoh muatan lori kecil yang dianggap boleh memuatkan wang berjumlah RM1 juta ringgit untuk memberi gambaran lebih jelas tentang wang yang kemudiannya diseleweng oleh Najib.

“Payah kita nak fikir nilai RM42 bilion. Saya nak cuba ukur banyak mana RM42 bilion.

“Kalau kita fikir satu juta ringgit boleh diisi dalam sebuah lori kecil, RM42 bilion bermakna 42,000 lori kecil.


“Bukan main banyak dia (Najib) pinjam. Takpalah. Saya ingat dia pinjam pasal nak melabur untuk dapatkan keuntungan bagi negara.

“Rupa-rupanya bukan nak melabur, nak mencuri. Inilah yang dilakukan Datuk Seri Najib,” selar Mahathir.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri berkenaan mendakwa Najib akan terus mencuri lagi jika menang pada pilihan raya akan datang.

“Dia dah curi duit berbilion-bilion ringgit bagi pada anak bini dia, Jho Low, bagi kepada Rosmah Mansor duit yang dia curi.

“Sokong dia, dia menang dia curi lagilah. Inilah Datuk Seri Najib. Kita di sini hairan di negara lain kita macam-macam berkenaan Datuk Seri Najib.

“Tapi di Malaysia ini, surat khabar Utusan Malaysia, Straits Times, Berita Harian tiada lapor apa pun, seolah-olah tiada kecurian berlaku. Ini cukup pelik,” katanya.

Beliau turut menyifatkan negara luar tidak pernah mengaitkan skandal kehilangan dana awam dengan kepimpinan Perdana Menteri terdahulu termasuk semasa beliau di jawatan itu selama 22 tahun sejak 1981.

“Ramai daripada kita tak begitu terasa duit kita hilang kerana menganggap perdana menteri tentulah curi duit. Dr Mahathir dulu pun tentu curi duit. Itu cerita orang.

“Dulu dunia tak pernah kata perdana menteri Malaysia curi duit waktu saya, Tun Hussein, Tun Razak, Tunku Abdul Rahman.

“Pernahkah kita dengar kapal layar bernilai satu bilion ringgit dirampas oleh Amerika Syarikat?

“Tidak ada. Baru kali ini kita dengar Indonesia rampas,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...