Saturday, April 14, 2018

Apa sudah jadi, IKATAN tidak berminat untuk bertanding PRU14

IKATAN TIDAK BERMINAT BERTANDING UNTUK GAGASAN SEJAHTERA


Presiden IKATAN, Tan Sri Sheikh Abdul Kadir mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU14.

Menurutnya beliau terserahlah jika ada pimpinan lain jika ada yang mahu bertanding tetapi setakat ini tiada yang berminat.

Parti IKATAN adalah rakan kongsi PAS di dalam Gagasan Sejahtera tetapi dilihat hanya menumpang nama sahaja tanpa memainkan apa-apa peranan di dalam blok politik tersebut.

Malah kelibat pimpinan IKATAN juga tidak kelihatan ketika PAS melancarkan manifesto Gagasan Sejahtera walaupun PAS telah menggugurkan perlaksanaan Hudud dari diletakkan secara jelas di dalam Manifesto tersebut. Manifesto Gagasan Sejahtera hanya menyebut secara umum iaitu menegakkan Islam sebagai ad deen yang syumul sahaja. Tiada komitmen khusus perlaksanaan Hudud di dalam manifesto yang dilancarkan oleh parti itu.



Sebelum ini, IKATAN pernah menyatakan mereka akan keluar dari Gagasan Sejahtera sekiranya Pas mahu melaksanakan Hudud. Parti itu berkata Hudud tidak sesuai untuk realiti masyarakat Malaysia. Kenyataan itu kemudiannya dipersetujui oleh pimpinan PAS untuk menjaga hati rakan kongsi politiknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...