Monday, April 23, 2018

BN kata bolasepak Kedah & KFA akan hancur tanpa pengaruh politik

KFA akan hancur tanpa pengaruh politik
SANGLANG - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan hancur tanpa penglibatan orang politik dalam persatuan itu.

Naib Presidennya, Datuk Othman Aziz berkata, pembabitan orang politik dan kerajaan dalam KFA adalah bagi membantu mencari dana persatuan untuk membiayai kos pengurusan yang kini mencecah RM30 juta setahun.

Katanya, sesebuah pasukan itu memerlukan dana untuk mencari pemain hebat dan tampil cemerlang dalam setiap perlawanan.

“Sebab itu kita gunakan pejabat menteri besar untuk cari dana dan dalam perlembagaan KFA automatik menteri besar jadi presiden KFA sebab dialah (menteri besar) tempat kita bergantung,” katanya ketika mengulas tawaran Pakatan Harapan Kedah yang berjanji mahu menilai penglibatan orang politik dalam pentadbiran KFA sekiranya mendapat mandat mentabdir negeri ini pada PRU14.

Menurutnya, tanpa bantuan kerajaan negeri, pasukan bola sepak akan mundur.

“Tengok apa berlaku di Perlis, negeri-negeri yang menteri besarnya tidak mahu terlibat dalam bola sepak, mereka sudah terjunam dalam bola sepak negara,” katanya selepas merasmikan program Jom Turun Bendang, di sini semalam.

Dalam pada itu, Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut mempersoalkan mengapa Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak jawatan presiden KFA sewaktu menjadi menteri besar suatu ketika dahulu.

“Dia (Mukhriz) pernah jadi menteri besar dan presiden KFA, awat (kenapa) masa itu dia tak letak jawatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...