Thursday, April 5, 2018

Pakatan Harapan akan umum guna satu logo di Jelajah Harapan Pasir Gudang esok


DALIA ISMAILApril 5, 2018 11:17 am 0

Pakatan Harapan akan umum guna satu logo di Jelajah Harapan Pasir Gudang esok
Peggunaan satu logo Pakatan Harapan (PH) dijangka akan diumumkan dalam siri Jelajah Pakatan Harapan di Pasir Gudang esok (Jumaat).

Perkara ini diumumkan oleh Presiden PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media tergempar gabungan empat parti itu yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini.

“Kita akan umumkan logo pada bila-bila masa. Kita akan umum logo esok .

“Walaupun pendaftaran Pakatan Harapan dan PPBM dihalang, kita telah buat persiapan lebih awal mengenainya.

“Kita telah katakan akan mengunakan satu logo. Kita telah pun memilih logo yang sesuai. Saya akan umumkan di Pasir Gudang,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat tergempar yang diadakan membabitkan empat parti gabungan dalam PH hari ini.


Keputusan untuk mengumumkan penggunaan satu logo itu dibuat di Pasir Gudang, berikutan akan berlaku pembubaran Parlimen yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada bila-bila masa. Ramai menjangkakan Najib akan mengumumkannya pada Jumaat.

Pada Februari lalu Dr Mahathir telah mengumumkan PH akan mengunakan satu logo untuk calon PH bertanding pada PRU14 sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran PH secara rasmi.

Ditanya mengenai senarai calon-calon semua parti gabungan, beliau berkata, semua parti akan menyelesaikan senarai calon masing-masing.

Siri Jelajah Pakatan Harapan akan diadakan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang esok pada jam 8malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...