Monday, April 2, 2018

Penasihat AMANAH meminta Hanipa, Azeez pohon keampunan kepada Allah

Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang menasihatkan ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Baling, Datuk Azeez Rahim agar memohon keampunan kepada ALLAH & berINABAH kepadaNya.

Seterusnya, beliau meminta kedua-duanya hentikanlah daripada membuat kenyataan yang akan hanya menambah kesalahan.

“Nasihat ini semata-mata kerana menunaikan kewajipan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bahawa “agama itu nasihat”,” kata Ahmad Awang.

Katanya, isu ini tidak perlu diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik apatah lagi untuk mengalihkan topik perbahasan yang sebenar bagi melindungi kezaliman kerajaan kleptokrasi yang berterusan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu dan menindas rakyat.

“Sehubungan dengan ini, sukalah saya menasihati semua pihak agar berlaku adil jika hendak mengulas isu ini dengan menegur kedua-dua MP berkenaan.


Ahmad Awang….Penasihat Umum AMANAH.

“Bukan dengan hanya menujukan sasaran teguran kepada MP Sepang semata-mata,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah mentela’ah pendapat/ fatwa para ulama mu’tabar (salaf & khalaf), di dapati mereka sepakat memfatwakan bahawa mengucapkan lafaz yang mentasybihkan atau memperumpamakan makhluk dengan Tuhan samada pada zatNya atau perbuatanNya atau sifat & namaNya, hukumnya adalah haram dan di larang keras mengucapkannya samada secara terang ataupun sindiran, katanya.

Katanya, melafazkan perkataan seperti “kamu ini Tuhan kah yang boleh tahu begitu begini”, atau ” kalau saya Tuhan saya akan buat begitu begini” adalah termasuk sebagai lafaz tasybih yang mengumpamakan makhluk dengan Tuhan.

“Implikasi daripada melafazkan perkataan yang terlarang itu boleh menjejaskan aqidah tauhid sesiapa yang melakukannya selagi seseorang itu dalam keadaan aqal siuman semasa melafazkannya tanpa sebarang paksaan,” katanya.

Menurut beliau, apabila seseorang telah melafazkannya dengan sengaja atau terlanjur maka ianya tidak terbatal dengan hanya menarik balik apa yang telah di lafazkan.
“Ini kerana perlanggaran ke atas hukum larangan itu telah berlaku dan ianya adalah perlanggaran ke atas hak ALLAH. Maka yang di tuntut ke atas seseorang yang melakukan maksiat perlanggaran itu adalah bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun.

“Adapun larangan tersebut adalah sangat jelas berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 11 :

“Setelah meneliti rakaman video pertikaman lidah di Dewan Rakyat di antara MP Baling (yang memulakannya) & MP Sepang (yang memberi respon), serta merujuk kepada hansard Parlimen, adalah di dapati kedua-dua MP berkenaan terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan makhluk dengan Tuhan yang boleh menjejaskan aqidah tauhid,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...