Monday, June 4, 2018

Warga marhaen tawar RM10,000 jejak Jamal

Warga marhaen tawar RM10,000 jejak Jamal
SHAH ALAM - ‘Misteri’ kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.

“Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.

Jamal kini dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang Jamal di mana-mana balai polis berdekatan.


Sebelum ini, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jaminnya kira-kira jam 5.30 petang, 25 Mei lalu selepas prosiding pendakwaan yang berlangsung di Wad Premier Hospital Ampang Puteri, kerana Jamal sedang menjalani rawatan masalah sakit belakang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...