Tuesday, July 24, 2018

Apabila modal salah lapor media dijadikan bahan bantai menteri PH



Semalam tular artikel MalayMail berkaitan YB Timbalan Menteri Pendidikan.

Dalam artikel berkenaan, dikatakan bahawa kerajaan akan isytihar Peminjam PTPTN yang gagal bayar sebagai muflis.

Ini adalah tidak benar sama sekali dan laporan yang tidak bertanggungjawab!!

Saya berada didalam parlimen semalam semasa YB Timb Menteri Pendidikan menyampaikan hujahan kepada pertanyaan YB Baling. Antaranya adalah seperti berikut;

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]
Nyatakan mengapakah penghutang PTPTN yang ingkar membayar balik hutang dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen.



SOALAN TAMBAHAN

1⃣ Apakah justifikasi Kementerian untuk menyenarai putih peminjam PTPTN ini?

Timbalan Menteri menjawab (dalam rumusan saya)

" Tidak adil untuk kita senarai hitamkan peminjam PTPTN, sedangkan mereka yang berhutang dengan Bank pun kita tidak senarai hitamkan, inikan pula graduan baru yang belum lagi bekerja. Senarai hitam imegresen hanya boleh dilakukan andai seseorang itu muflis."

Malaymail telah dihubungi untuk betulkan artikel mereka dan alhamdulillah telah dibetulkan.

Sebab itu saya kata banyak kali, mohon Media lebih bertanggungjawab. Dalam era Malaysia baru, kita berikan kebebasan namun kebebasan itu perlulah disulami tanggungjawab dan prinsip kebenaran.

Disini saya sertakan pautan berita yang telah dibetulkan (walaupun saya masih kurang berpuas hati dengan beberapa ayat yang digunakan yang mengelirukan) :
https://www.malaymail.com/s/1655002/no-more-cart-before-horse-for-bankrupt-ptptn-borrowers-parliament-told

Sebagai pencerahan tambahan, yang mungkin kurang faham ayat yang digunakan dalam artikel ini.

Artikel ini adalah berkenaan proses black listing yang tidak adil oleh kerajaan lama.

"cart before the horse" bermaksud perkara yang dibuat tanpa aturan yang betul.

Maka, kata beliau, kalau nak black list seseorang itu harus bankrup. Kalau tak bayar lagi tapi tak bankrup, tidak boleh blacklist imegresen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...