Tuesday, July 24, 2018

Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia pula.. ini jawapan KKM

Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia: KKM dalam proses naik taraf Klinik Komuniti, Klinik Kesihatan


Tular notis penutupan Klinik 1Malaysia: KKM dalam proses naik taraf Klinik Komuniti, Klinik Kesihatan 

Penularan notis penamatan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di sekitar Lembah Kelang susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum memuktamadkan dan memberikan arahan kepada 347 buah Klinik 1Malaysia yang kini dikenali sebagai Klinik Komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian buat masa ini masih dalam proses semakan dan untuk menaik taraf beberapa Klinik Komuniti kepada Klinik Kesihatan.

Selain menempatkan lebih banyak Pegawai Perubatan dan PegawaiFarmasi serta Pembantu Pegawai Farmasi ke Klinik Komuniti secara berperingkat.

Selain dalam perancangan menutup beberapa Klinik Komuniti yang memenuhi syarat tertentu.

“Diantara kriteria yang diteliti untuk cadangan penutupan adalah jumlah kedatangan pesakit rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan sewa atau kos operasi yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, keputusan kementerian akan dibuat dalam waktu terdekat dan KKM katanya, akan memberi jaminan bahawa proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaan semula itu akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.


Sejak petang ini sudah tular di laman sosial berkaitan notis penamatan perkidmatan Klinik 1Malaysia. Antara lokasi klinik yang terbabit di Damansara Damai, Seksyen 24 Shah Alam, Subang Jaya, Puchong Jaya, Kelana Jaya dan beberapa lokasi lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...