Thursday, July 19, 2018

PM: Royalti minyak untuk rakyat, bukan kukuh politik


Kerajaan berjanji akan memberi royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan, Terengganu dan Sarawak.


Kerajaan berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan sebelum ini tanpa ada penyelewengan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.

Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dana tersebut hanya disalurkan terus kepada kerajaan negeri jika ia digunakan untuk rakyat, bukan bertujuan memperkukuhkan kedudukan politik.

“Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan tapi kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tidak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain.

“Ini bukan hak Kelantan dan Terengganu sahaja, ia terkena semua kawasan dan negeri yang keluarkan minyak berdasarkan keuntungan,” katanya merujuk pemberian royalti sebanyak 20% termasuk Sarawak.

Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang)


Sebelum ini, kerajaan Kelantan menghargai persetujuan kerajaan persekutuan memberi royalti minyak kepada negeri itu berdasarkan kenyataan perdana menteri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018, bulan lepas.

Dr Mahathir berjanji jika PH menang Putrajaya, mereka tidak melakukan sikap pilih kasih dengan menafikan hak negeri yang diperintah pembangkang.

1 comment:

  1. Kalau ada bukti duit royalti tu masuk akaun atau membiayai kegiatan Parti maka elok batalkan saja... biar rakyat tau kerajaan yg depa pilih tu, lebeh utamakan Parti drp kepentingan Rakyat...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...