Sunday, November 4, 2018

Benarkah jika tandatangani ICERD maka segala perlembagaan Malaysia akan terbatal tanpa perlu masuk parlimen?


Saya tertarik dengan tulisan Tuan Syahredzan Johan, seorang Peguam Perlembagaan yang dihormati. Sering dirujuk bagi memberi pandangan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Beliau mengulas mengenai isu ICERD yang sedang dibincangkan oleh masyarakat, Perkara 4 dan 153 Perlembagaan Malaysia wajar juga difahami.

Menurut beliau;

Saya punya pendirian tentang ICERD ini sekarang dah jadi neutral, sebab dah jadi suatu polemik yang berlarutan. Jadi sekarang bagi saya, ICERD ni bagus kalau kita ratifikasi, kalau tidak pun tak apa.

Tapi saya nampak ramai yang tulis macam-macam tentang ratifikasi ICERD.


Dekat Malaysia ini, undang-undang tertinggi negara adalah Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah TIDAK SAH.

Ini asas undang-undang negara la. Perkara 4 Perlembagaan.

Siapa kata konvensyen antarabangsa boleh atasi Perlembagaan Persekutuan? Siapa ajar benda songsang macam ini?

Mahkamah pun berkali-kali sudah putuskan, triti dan konvensyen antarabangsa tidak menjadi undang-undang atau terpakai di Malaysia kecuali ia dijadikan undang-undang tempatan.

Bila kita ratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), kita gubal Akta Kanak-kanak. Barulah natijah CRC itu jadi undang-undang.

Maknanya, mana-mana konvensyen antarabangsa TIDAK BOLEH mengatasi apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Maknanya, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak TIDAK BOLEH digugat oleh ICERD atau mana-mana perjanjian antarabangsa.

Maknanya, kalaulah ICERD itu bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan, Perkara 153 akan mengatasi ICERD.

Ingat, tuan puan adik kakak, kalau mahu pinda walau satu noktah sekalipun dalam Perkara 153, perlu sokongan 2/3 Ahli Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.

Nak bantah ICERD, silakan. Tapi jangan cakap macam kalau kita ratifikasi ICERD itu terus hak Melayu hilang. Teori undang-undang apa yang anda pakai ni?

Tolonglah, negara ini ada Perlembagaan Persekutuan. Ingat senang-senang ke boleh guna konvensyen untuk tukar Perlembagaan?

Kalau la senang macam itu untuk atasi Perlembagaan, apa guna ada Perlembagaan? Apa guna perlu ada 2/3 dan persetujuan Majlis Raja-raja?

2 comments:

  1. Tajuk anda pun mcm mengundang kontroversi. Peguam trsbut being a peguam, tahu apa yg dia tulis tp mcm biasa hanya 'half truth'. Masyaarakat antarabangsa akan menekan negara 'signatories' supaya comply sbb dah setuju dfn peruntukan dan tandatgn konvensyen. Mau x mau kerajaan swmasa atau kehadapan akan terpaksa bawak rang undang2 ke Paelimen utk kelulusan. Kbanyakan MP kerajaan akan sokong usul trsbut dan MP pembangkang akan menentang. Undang2 trsbut hanya perlu simple majoriti utk diluluskn. Whether ia bercanggah dgn Perlembagaan, tugas hakim Mahkamah utk beri interpretasi. Natijahnya, ia dah jd undang2.

    ReplyDelete
  2. Tajuk anda pun mcm mengundang kontroversi. Peguam trsbut being a peguam, tahu apa yg dia tulis tp mcm biasa hanya 'half truth'. Masyaarakat antarabangsa akan menekan negara 'signatories' supaya comply sbb dah setuju dgn peruntukan dan tandatgn konvensyen. Mau x mau kerajaan semasa atau kehadapan akan terpaksa bawak rang undang2 ke Parlimen utk kelulusan. Kbanyakan MP kerajaan akan sokong usul trsbut dan MP pembangkang akan menentang. Undang2 trsbut hanya perlu simple majoriti utk diluluskn. Whether ia bercanggah dgn Perlembagaan, tugas hakim Mahkamah utk beri interpretasi. Natijahnya, ia dah jd undang2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...