Monday, December 10, 2018

TERKINI : TABUNG HAJI KINI BERHUTANG RM4.1 BILION

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof mendedahkan bahawa kedudukan kewangan Tabung Haji amat kritikal.

Berdasarkan audit yang dilakukan oleh
PricewaterhouseCoopers (PwC), aset yang dimiliki ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (tanggungan) sebanyak RM74.4 bilion.

Ini bermakna Tabung Haji mengalami defisit (hutang) sebanyak RM4.1 bilion setakat 31 Disember 2017.

Penemuan PwC itu mendapati pengurusan lama tetap memberi hibah atau dividen kepada pendeposit sedangkan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menjelaskan hibah hanya boleh diberikan jika aset melebihi liabiliti. Kecurangan ini dilakukan sejak 2014.



Mujahid mendedahkan perkara berkenaan dalam sidang media khas di Lobi Parlimen, Kuala Lumpur.

Pelan pemulihan sedang dilakukan bagi mengatasi hutang berkenaan secepat mungkin dan pelan pemulihan akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet segera.

Jumlah pendeposit Tabung Haji kini seramai 9.2 juta orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...