Monday, December 10, 2018

Ustaz Pro PH & PAS pertahan TunM dalam isu terjemahan ANGEL & MAKLAIKAT!


Ramai bertanya saya tentang kenyataan Tun Mahathir berkenaan "even angels make mistakes".

Maafkan saya kerana lambat respon isu ini kerana faktor kesihatan saya yang kurang baik menyebabkna saya lewat memberikan pandangan.

Apa-apa pun saya kira siapa pun yang keluarkan kenyataan, sebagai Muslim kita perlu merujuk kepada kenyataan asal beliau. Kita perlu berlaku adil walaupun dengan orang yang kita tidak suka. Setelah saya menonton videonya, saya dapati bahawa angels yang beliau maksudkan ialah orang baik.


Tun bercakap dalam bahasa inggeris jadi kita perlu memahami perkataan angels dalam pertuturan orang inggeris. Dalam kenyataan beliau pun jelas beliau maksudkan angels itu bukan malaikat apabila beliau menyebutkan:

"We are not perfect people. Although most of us are angels, even angels make mistakes".

Ia jelas menunjukkan angels tersebut bukan malaikat yang ghaib.

Adapun malaikat sememangnya ia maksum di sisi majoriti Ahli Sunnah.

Apa yang penting jangan cepat melatah dan mengecam. Jika kita boleh sabar dengan kenyataan Allah boleh hantar malaikat bawa IC turun mengundi, kenapa kita tidak boleh sabar dengan kenyataan orang lain?

Dr Rozaimi Ramle

8 comments:

  1. Kalau PM ditanya dalam BI... itulah yang akan dijawabnya. Mana2 orang pun akan jawab dlm BI macam itu. Jenis yang buat terjemahan terus guna pak google memang tak kan faham... hihihi

    ReplyDelete
  2. aku tak tahu lah apa nak jadi dgn pas ni. geng geng ostaz kepiah longaq depa ni dok jaja dlm masjid "ada seorang tua yg kata malaikat pun buat silap" dan kaitkan orang tua tu dgn fahaman liberal pulak. inilah padahnya bila ketaksuban mengatasi kewarasan, bila dendam kesumat tidak pernah terpadam.

    ReplyDelete
  3. Salahnya pemberita yang tulis bahasa Malaysia dan terjemah secara literal perkataan angel.
    Contoh : bila seseorang tegur gadis comel dengan teguran "Hi angel..."
    Bila pula ianya bermaksud "Hai malaikat?"

    ReplyDelete
  4. Jgn kebencian mgatasi kwarasn. Nti nmpk sngt tak brakhlak muslim

    ReplyDelete
  5. Haha...bahasa mantik tu..bukan org pas biasa dgn bahasa mantik ke

    ReplyDelete
  6. Lebai oh lebai kelarah..ada ada kutu disebalik sarban...
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Betul la tu... Orang putih ada yg samakan orang baik macam ni Angel kerana mumpunyai nilai akhlak yg baik dan ada orang perempuan pun di sebut Angel maksud nya comel macam bidadari ini bukan bermasud orang itu bidadari atau maklaikat... ! Tapi Malayu yg kurang faham atau sengaja nak buat kalut maka ini pun jadi modal spin lah tambah pula puak lebai2 yg banyak baca kitab tapi kurang baca buku kerana tak reti Bahasa Orang Putih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...