Thursday, February 28, 2019

Antara HADI & ANWAR.. siapa terpuji siapa terkeji?


"Heyyy Hadiii.." akhlak buruk Haji Hadi..

'Semalam baca kenyataan Pemuda PAS..mereka cukup marah ucapan DS Anwar yang kononnya biadap dan kurang ajar pada TG Hj Hadi.

Hanya kerana ucapan Ds Anwar memanggil 'Hey Hadi'..depa anggap Anwar seperti melepaskan anjing yang tersepit..

Anwar baru sekali balas dah pimpinan PAS menggelupur..

Selama ini berapa banyak penghinaan, kata2 Nista, biadap, fitnah yang keluar dari mulut kotor Haji Hadi tuu.? Tuu belum dikira berapa banyak istilah binatang.!



Mulut kotor tidak layak ada pada seorang yang dipanggil Ulamak.!!

1- KESUMAT DENDAM HAJI HADI KEPAD DS ANWAR

Anwar sejak bebas dari penjara tidak pernah pun dia serang Hj Hadi..
Tapi Haji Hadi ni Ulama Jahat yang bersarang kesumat dan dendam..tak habis habis fitnah dan serang Ds Anwar..

Sebelum PRU14, masa PRK Port Dickson..punya kesumat dendam Ulama Jahat nii..mata lebam Anwar pun dia ejek..konon, logo PKR tu logo mata lebam Anwar..lebam merah, lebam biru kata Haji Hadi..malah ketika Anwar dipenjara pun Hadi hina..
Hina betul Ulamak ni.!

Dalam PRK Port Dickson ketika UMNO berkecuali, Hadi beberapa kali turun berkempen hina Ds Anwar..sampai main isu peribadi Anwar..sampaikan pengampunan Ds Anwar pun dipertikaikan..

Kata Haji Hadi sambil merendahkan Ds Anwar, "selalu ni, orang minta ampun ni orang yang bersalah.." tak terbayang jahatnya mulut Ulama seperti Hadi nii, hatta orang UMNO pun tak tergamak main isu peribadi..tuu belum kira dia pertikaikan aqidah Ds Anwar..

Sejak mutaakhir ini, Anwar sudah mula tidak mencampuri urusan Kerajaan..Anwar banyak buat kerja politik di luar negara..

Itupun belum cukup memuaskan hati Haji Hadi..
Selepas hancurkan Pakatan Rakyat yang dibina bersama Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Pakatan Harapan pun dia nak pecah belahkan jugak..memang Hidup Hadji Hadi ni memecah belahkan Manusia seperti mana sifat Iblis.. Tak tahu bagaimana orang seperti hadi layak dipanggil Ulama.?

Kalau nak kita ungkit kata kata Haji Hadi pada Wan Azizah, lagi lah kita malu..

Wan Azizah tu cukup baik akhlak dia pun diserang Haji Hadi..ketika Anwar di penjarakan..kat PRK permatang pauh yg ditandingi Wan Azizah punnn dia khianat..nak lantik Wan Azizah pun dikata tak nak bawa ahli ahli PAS masuk ke Neraka..

Itulah Haji Hadi, Syurga Neraka jadi hak dia tentukan.!

2- BESAR SANGAT KEE JASA HAJI HADI KEPAD ANWAR?

Kata depa, Anwar bagai Anjing tersepit sebab lupa jasa TG Hj Hadi dan jasa jasa PAS..
Ni nak tanya apa yang besar sangat jasa Haji Hadi tu.? Tulis buku Qazaf tu bukti jasa besar kee.?

Takat buku Qazaf, pelajar maaad tahfiz pun boleh tulis..

Ingatkan besar sangat jasanya..Ingatkan Hj Hadi pernah masuk penjara kerana Anwar..

Kalau itu laa jasanya..Ezam, Lokman Nor adam, Gobalakrishnan lagi besar laa jasa mereka..depa masuk Penjara kerana Ds Anwar..tapi hari ini bermusuh dengan Ds Anwar..itu adat dalam Politik..

PAS bila bercakap tak pernah tengok cermin.. Habis tu Ds Anwar tak pernah berjasa pada PAS dan Haji Hadi.? Haji Hadi merasa jadi MB Terengganu sepengal pun atas jasa dan gelombang reformasi Ds Anwar..

Dia kalah kat Terengagnu pun atas kejahatan dan mulut kotor dia seperti mana sebelum PRU 14 lalu..

3- JASA PAS KEPADA ANWAR ADALAH JASA PEMIMPIN DALAM AMANAH HARI INI, BUKAN HAJI HADI..

Reformasi dulu di gerakkan oleh Siapa.? Bukan orang seperti Haji Hadi..bukan orang seperti Mokhtar senik, Ustaz Idris, harun Din, Nik Amar, Takiri, Tantawi..apa lagi Tuan Ibrahim yang waktu itu tengah bersedap sedap makan upah berforum disiri Perdana Ehwal Islam di RTM..

Depa ni masuk PAS bukan zaman susah..tapi bila dah nampak peluang menang..depa ni sehari pun tak pernah kena lokap..ni generasi yang sedap makan duit UMNO..

Tokoh PAS yang gerakkan Reformasi adalah seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad, Salehuddin Ayyub..depa nii semua masuk Penjara kerana PAS..depa ni pemimpin yang memimpin demontrasi jalanan..depa ni lah pemimpin PAS yang tinggalkan kerjaya besar berjuang di zaman susah PAS..

Ketika PAS dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum Tok Guru Nik Aziz..kami pun takda masalah dengan PAS..kami lahir dari gerakan dan tarbiyah PAS..kami bukan penyokong Ds Anwar atau Anwarinas..

Suatu masa dulu, kami pun sokong Haji Hadi sebelum dia berubah menjadi khadam Najib dan UMNO, jadi pejuang kelompok Ashbiyah dan Takfiri..

4- ANJING TERSEPIT ATAU ANJING NERAKA?

Buat pemuda PAS yang menggambarkan Anwar seperti melepaskan anjing yang tersepit..Di dalam Quran dan Hadis, antara yang Quran sifatkan dgn perumpamaan Anjing dan yang bersifat seperti serigala ini bukan kepada kelompok ahli Maksiat..tapi ulama.! Ulama Jahat.!!

Pertama Allah sifatkan Ulama yang menjual agama dan kuat makan dedak tuannya..seperti mana mafhum surah Al-A'araf ayat 176 dengan diumpamakan seperti Anjing yang menjelir..

فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ...

*Maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga* menjelirkan lidahnya

manakala golongan agama, kelompok takfiri dan khawarij digambarkan sebagai Anjing Neraka...

الْخَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ

Khawarij adalah anjing-anjingnya neraka...

dalam menjalaskan maksud Anjing Neraka ini.. al-Munawi menjelaskan..

أي أنهم يتعاوون فيها عواء الكلاب ، أو أنهم أخس أهلها ، وأحقرهم ، كما أن الكلاب أخس الحيوانات وأحقرها

Maksudnya, mereka akan melolong seperti lolongan anjing, atau mereka menjadi penduduk neraka yang paling hina, sebagaimana anjing menjadi binatang yang paling rendah..

Jadi sebagai peringatan bersama..Janganlah kita saling bermusuhan..mempertikaikan aqidah sesama muslim..buanglah hasad dengki yang menjadi senjata Iblis bagi menyesatkan anak anak adam..sebarkan lah Kasih sayang...

*Semoga kita semua dijauhi dari Neraka dan dijauhi persengketaan.. Jika ada Ulama yang tersesat jauh..kembalilah ke pangkal Jalan..'*

- Ahmad Muslim Badawi -

3 comments:

  1. Gigi PALSU mmg membantu.
    Kaki PALSU mmg membantu.
    ULAMAK PALSU spt HADI WANG mmg merosakkn.

    ReplyDelete
  2. Bila dipanggil hey dikatakan biadap tapi panggil anjing, babi, nyamuk, monyek dan kera yang itu mulia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...