Sunday, March 3, 2019

Apabila penyokong PH sendiri maraikan kekalahan PH di PRK..!

Analisa Kekalahan PH Di Semenyih; Kenapa Ia Sendiri Bagus Untuk PH.

1) Dalam PRU lepas Undi PH dapat 1/3 undi melayu kira-kira dalam 33%.

2) Dalam PRK kali ini nampak nya BN+ PAS boleh menang tipis PRK walaupun undi PH melayu meningkat sebanyak 40%.

3) Di Jepun pada tahun 2009, LDP telah hilang kuasa setelah berdekad berkuasa kepada DPJ.

4) Dan DPJ telah kalah hanya setelah sepenggal berkuasa pada 2012.

5) For what ever reason, jangan biar sejarah DPJ berulang pada PH

6) PH tidak boleh terlalu membiarkan kebebasan suara tanpa kawalan.

7) Pembangkang sekarang bukanlah pembangkang seperti PH dahulu.



8) Kekuatan mereka hanya menghasut rakyat menggunakan 3R, Race, Royalti dan Religion. Dengan cara 3R ini mereka akan cuba menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

9) Parti Islam hanya pada nama dan langsung tiada ciri-ciri Islam pada pemimpin mereka dari makan duit orang secara batil dan berbohong

10) PH kena menguatkuasakan akta keharmonian antara agama, bila beberapa orang pemimpin mereka sudah di dakwa di atas akta ini, pengikut mereka akan lebih beringat bila hendak menabur fitnah

11) PH perlu memberi perhatian pada jentera cyber/maya. Kementerian komunikasi melalui Gobind Singh Deo perlu mengambil berat tentang perkara ini jika tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal. Ini sangat penting kerana lebih 40% penggundi terdiri dari golongan muda yang medium utamanya adalah media sosial seperti Facebook, twitter dan instagram

12) Setiausaha akhbar menteri juga perlu kompetent dalam menangani fitnah pembangkang. Pecat atau tukar sahaja mereka yang tidak perform.

13) Menteri-menteri PH juga perlu lebih bijak dalam membuat kenyataan media. Menteri keselamatan dalam negeri Muhyiddin Yassin perlu lebih cakna dan tukar sahaja mana pegawai-pegawai kerajaan yang cenderung pada regim yang terdahulu

14) Di Selangor, pembangkang yang sedikit boleh membuatkan tiada check and balance. Sebab itu menteri besar selangor tidak popular di kalangan rakyat selangor sendiri. Dan tiada dasar2 baharu oleh MB Selangor menambah buruk lagi perestasi PH selangor. Kemenangan PH di selangor adalah dari usaha ahli2 parti komponen PH, jika MB yang tidak competant boleh menyebabkan PH kehilangan Selangor, langkah yang terbaik ialah menukar segera menteri besar yang lebih berkaliber

15) PH kena anggap kekalahan di semenyih sebagai wake up call kerana status quo seat ini adalah milik PH

16) Walaupun saya menjangkakan yang kesatuan pembangkang akan berpecah sebelum PRU15 kerana 10% ahli PAS tidak mahu bersama dengan UMNO dan PAS dari segi sejarahnya hendak menjadi abang sulung dalam kesatuan. Bila kerusi PAS dan UMNO bertanding adakan bertindan, mereka biasanya susah hendak mencapai kata sepakat. Kalau Presiden PAS pada PRU 15 masih lagi Haji Hadi dan Presiden UMNO masih lagi Zahid, PH masih ada lagi peluang untuk memerintah. Tapi PH tak boleh bergantung kepada kelemahan lawan semata-mata untuk menang

17) PH perlukan Anwar Ibrahim sebelum masuk pada PRU15. Ini penting kerana dasar ekonomi anwar dan approach Anwar agak berbeza dengan Tun M. Dan Anwar mampu menghalang anasir jahat dari Parti Islam kerana imej Islam moderate yang di bawa. Saya boleh lihat ketokohan Anwar hampir sama dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan. Bila anwar sudah mengambil alih, PAS sendiri sudah hilang aura yang kata hanya parti dia yang memperjuangkan Islam di malaysia

18) Sistem kehakiman negara juga perlu memberi perhatian khas kepada kes2 salah laku melibatkan regim terdahulu dan parti agama. Ini kerana minda orang melayu sangat pelik, walaupun sudah 42 ++ tuduhan rasuah terhadap Najib, mereka kata Najib masih bebas dan justeru itu tidak bersalah. Mereka tidak mahu ambil tahu perjalanan sistem kehakiman dari pendakwaan, ikat jamin dsb. Cara yang paling mudah ialah extradisi Sirul dari Australia dan buka semula kes altantuya. Jika tertuduh dalam kes pembunuhan , biasanya tiada ikat jamin, Jadi Najib akan di tahan di penjara sampai menunggu tarikh perbicaraan. Bila ini berlaku, Najib tidak lagi akan cuba menangguh tarikh perbicaraan dengan pelbagai alasan yang pelik2.

19) Pimpinan Parti Agama yang mengambil duit UMNO perlu lah di ambil tindakan dengan segera. Lagi lama PH membiarkan mereka bebas akan banyak lagi fitnah dari mereka. Kalau SPRM kekurangan resource, mereka perlu tangkap seorang sahaja yang mastermind dalam kes ini dah dakwa atas akta pengubalan wang haram

""Sometimes we need to lose the small battles in order to win the war"

Penyokong PH,
Ahli Amanah Negara Kawasan Kapar.
Mukhlis Sharif

12 comments:

  1. apa lu cakap ni. ilmu kat kepala lutut.

    ReplyDelete
  2. Sembang lebih..rakyat da meluat dgn ph.. Angkat la sapa pun jadi pm.. Rakyat da x heran.. #kerajaansepenggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya, pembangkang takut akan ketrampilan DSAI menjadi PM. diyakini jika DSAI menjadi pemimpin, beliau akan berjaya menjadikan malaysia negara termaju di dunia. siapa rugi ketika itu, seharusnya pembangkang yang hanya tau membangkang tanpa usul periksa

      Delete
  3. x heran x kesah,janji bukan penyamun

    ReplyDelete
  4. Bersatu yg kalah disemenyih kerana madey kencingkan rakyat..madey pandang rendah bossku..

    Madey ingat bagi sikit gula2 boleh menang prk mcm zaman 22 tahun dulu..

    Madey masih belit hutang 1 trilion.....madey ingat rakyat tak baca laporan bank negara...

    ReplyDelete
  5. Salam sume.pro PH kene tengok politik ni secara menyeluruh.DAP ni sape..PKR ni dpt dana mai tang mane..aku blom lupe lagi camne jentera PAS berhempas pulas cover kerja PKR mase 2004-2008.PKR xyah besar kepala. Kami pon xlupe camne DAP "tikam belakang" time tu.mase tu dok kt kajang tp kire DUN Semenyih lepas persempadanan semula.Amanah pon haru biru.korang la yg memecah belahkn umat islam.sekarang bila 2 parti melayu islam terbesar yg bermusuh puluhan tahun berbaik n dpt bekerjasama..aku rase sebagai umat islam yg ikhlas nakkn agamanya dijaga dan dimartabatkn, pastinya bersyukur atas perkembangan ni. Kawan2 PAS yg dah join AMANAH tu aku rase korang pikir balik la..ape yg 'abg Mat' @ mat sabu ajar dulu dengan yg dia buat sekarang same ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesan tgna jangan lupa.. "jangan kawan dengan umno"

      Delete
    2. Dan ingat dulu-dulu PAS kata UMNO parti najis sapa-sapa nak cuba cuci najis dari dalam atau luar pasti kena dan bergelumang dengan najid
      Tapi kini najis tu PAS jilat semula bukan main sayang lagi dengan UMNO..PAS oh PAS

      Delete
  6. Pas cukup takut dgn DSAI.. sbb itu bagi janji kat tun m.. jadi pm smpi abis penggal.. DSAI jd pm.. maka punah lah belitan pas.. tun m sbg pm smpi habis penggal bererti peluang umno/pas dlm pru15 adalah besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang PAS takut akan DSAI. mereka takut DSAI berjaya menjadikan malaysia negara termaju. DSAI yang dikenali sebagai pakar ekonomi dunia, mampu mempunyai strategi tersendiri dalam mengeluarkan malaysia daripada krisis ekonomi terburuk pernah malaysia hadapi kini. lihat saja anak didik beliau seperti TSKI, Azmin Ali, Rafezi Ramli dan Saifuddin. semuanya dikenali dengan kemampuan ekonomi yang begitu digeruni oleh PAS sendiri

      Delete
  7. Pas cukup takut dgn DSAI.. sbb itu bagi janji kat tun m.. jadi pm smpi abis penggal.. DSAI jd pm.. maka punah lah belitan pas.. tun m sbg pm smpi habis penggal bererti peluang umno/pas dlm pru15 adalah besar..

    ReplyDelete
  8. itu la, DSAI dikenala sebagai pemimpin paling berpengaruh didunia. Satu dunia menghormati beliau sebagai pemimping berkuasa. sebab itu PAS takut untuk DSAI jadi PM, kerana Pas tau, jika DSAI jadi PM, maka memang negara akan menjadi negara termaju di asia. PAS tidak akan dapat kembali merebut peluang menjadi kerajaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...