Wednesday, October 2, 2019

KENAPA DIVIDEN LTAT 2% ?

(LTAT) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.

Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, Ketua Eksekutif LTAT Nik Amlizan Mohamed berkata dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi tahun kewangan (FY) 2018 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221 juta.

"Kemerosotan ketara bagi FY 2018 itu adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan dua tahun kewangan sebelumnya," katanya.

Pada FY 2017, LTAT mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM38.7 juta berbanding kerugian terkumpul RM170.8 juta bagi FY 2016.


Beliau berkata perakuan pendapatan semula sebanyak RM238.8 juta pada FY 2016 daripada dua transaksi jualan tanah yang belum selesai telah menyebabkan keperluan untuk penyataan semula pendapatan LTAT bagi FY 2016 daripada RM595 juta kepada RM356.2 juta.

Selain itu, tindakan membuat perakuan awal sebanyak RM202.7 juta membabitkan dua lagi transaksi jualan tanah belum selesai pada FY 2017 juga menyebabkan penyataan semula pendapatan bagi FY 2017 daripada RM662.2 juta kepada RM459.5 juta.

"Selain itu berlaku dividen terlebih bayar bagi FY 2016 dan FY 2017 yang memberi kesan terhadap pendapatan dan menyaksikan kemerosotan secara ketara daripada RM384.7 juta kepada RM65.9 juta pada FY 2016.

"Pendapatan terkumpul bagi FY 2017 terus susut kepada kerugian terkumpul sebanyak RM170.8 juta daripada pendapatan terkumpul positif sebanyak RM65.9 juta sebelum ini," katanya.

Ditanya sama ada LTAT merancang untuk melepaskan sebarang aset pentingnya bagi meningkatkan aliran tunai, beliau berkata perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan atas alasan sebarang keputusan yang diambil perlu menitikberatkan kepentingan para ahlinya.

Setakat 31 Dis 2018, aset di bawah pengurusan LTAT adalah berjumlah RM9.4 bilion.

Sumber Asal : CEO LTAT

1 comment:

  1. Berape dividen untuk tahun 2017 yg diumumkan dlm tahun 2018?...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...