Wednesday, November 27, 2019

Apabila PAS cuba kaitkan ABU CHIN PENG dengan agenda komunisme..


Tuan Ibrahim ni kalau Jahil takpe.. Tapi Jangan jadi Jahat dari UMNO nak kait dengan agenda Komunis dalam isu Abu Chin peng.... Nak main isu Chin Peng pun, Tengok kiri kanan.. yang sokong Abu mayat Chin peng dibawa balik ni rakan taawwun depa jugak MCA..

Apa masalah dengan Bani Melayu ni.. Dengan Abu mayat pun takut.. ?Lantak depa lah nak tabur mana pun, nak tabur dalam sungai depan rumah aku pun..aku bagi.. No hal lah... Takda kena mengena dengan Agenda Komunis..

Masa Kerajaan UMNO Abadikan nama Henrey Gurney pada nama Bagunan, Hotel,Mercu tanda, Sekolah, Jalan takda pulak kita bising.. Sedangkan dalam Sejarah Henry Gurney lah arkitek kewujudan negara Zionis Israel di Palestin..


Sapa yang Bunuh Henry Gurney..? yg bunuh tu Chin peng(PKM)..patutnya terima kasih lah kat dia sama sebab bunuh Arkitek negara Haram Zionis Israel..Sebab jasa Henry Gurney lah , sampai hari ini Rakyat Palestine menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis Israel..

PAS tiap tahun sambut hari "Nakbah" kononnya mengenangkan peristiwa pembunuhan beramai ramai Dier yasin.. selepas peristiwa Nakbah tahun 1948, Selepas itu.. Henry Gurney dihantar ke Tanah Melayu, Dia dilantik Pesuruhjaya British ke Tanah Melayu..

Bukan calang calang, PesuruhJaya British yang dihantar ke Tanah melayu, orang yang sebelumnya berjaya menubuhkan Negara haram yahudi.. entah entah kalau Chin Peng tak bunuh Henry Gurney.. Singapura hari ni dah jadi mcm Israel lah kut..

Kami pun tak suruh kita buang nama Henry Gurney kat Pulau Pinang tu , Tak suruh hina pun.. sama lah mcm kisah Chin Peng..Depa ni sebahagian dari Sejarah, Ada yang kita setuju dan tak setuju dengan perjuangan depa.. namapun Sejarah.. Depa ini sama sama memperjuangkan Kemerdekaan dulu..

Cuma kita tak sama Idealogi..sama mcm kat Syria hari ini, Dalam Perjuangan membebaskan Syria..Ada yg pro basyar Russia, ada Jihadist Pro US yang angkat Senjata menentang basyar.. yg berbeza mazhab dan Idealogi Politik pada waktu itu..

Bukan hanya Chin Peng pemimpin haluan Kiri, Dulu Hizbul Muslimin,PKMM adalah kelompok haluan kiri.. Bukan hanya Chin Peng, Rashid Maidin, Shamseah Fakeh antara pemimpin berhaluan kiri.. Sejarah hanya tafsiran.. Ada yg kata British Penjajah, jepun Penjajah..Sebelum ini kita melaksanakan dasar pandang ke timur( Jepun), Habis Jepun dan British tak bunuh pemimpin dan orang Melayu ?

Sudah sudah lah berpolitik.. Jangan jadi seperti kelompok Ghuluw dalam kelompok rafidhah Syiah.. Kebencian dan dendam mereka atas kematian dan pembunuhan Saidina Hussin, Saidina Ali..akhirnya dibawa kebencian depa di dalam aliran agama dan Politik.. Sejarah tetap Sejarah, Tak perlu kita maki hamun Abdullah Bin Muljam, Atau Yazid Muawwiyah.. Itu adalah sejarah Politik Islam..

Contoh mudah kes Memali.. Samalah mcm PKM.. Taknak tunduk dan letak senjata kepada Kerajaan kerana depa percaya kononnya UMNO dan Kerajaan tunku dulu tali barut British.. Sama mcm Pengikut Ibrahim Libya..Taknak tunduk kepada penguasa untuk ditahan ISA, kerana depa dianggap Kerajaan UMNO Toghut,Penjajah Bristish, Perlembagaan kapir sebagaimana dalam Amanat Haji Hadi.. mereka ini juga Taksub dengan revolusi Iran..Ayatullah Khomeini pada ketika itu....

Dalam Sejarah Memali.. Ada yang puja dan sambut peristiwa Memali sebagai Hero, Mati Syahid..ada yang anggap Ibrahim libya itu pemberontak.. Apa kita ingat takda anggota Polis yang terluka akibat dibunuh pengikut Ibrahim Libya..tapi itu sejarah, tak perlu maki Ibrahim Libya dan pengikutnya..

Sudah sudah lah PAS menghasut.. Sekarang PAS lagi teruk dari UMNO mainkan sentimen kaum dan Agama.. Tapi tidak lah kita hairan, Ikut Sejarah penubuhan PAS, PAS ditubuhkan oleh Ulama UMNO sendiri.. PAS berbeza dengan Hizbul Muslimin.. Memang PAS lahir dari kelompok Ashabiyah.. dari Ashabiyah dia datang, Kepada Asahbiyah dia kembali.. :)

Ipohmali

2 comments:

  1. Terbaik coretannya penuh infomasi

    ReplyDelete
  2. Memang betul la tue. Dah xder isu, agama & kaum yg dia mainkan. Aku kesian kat orang Melayu kita. Salahkan Cina sebab miskin & susah. Ahli politik (kerajaan & pembangkang) yg rasuah jugak kita agung2kan. Dok gaduh sesama sendiri sebab berlainan pahaman politik. Kalau korang dapat gaji berbelas2 ribu cam ahli politik & dapat krontrak berjuta/berbilion lantak korang la nak bergaduh pasal politik. Nie setakat makan gaji / kais pagi kais petang dok sekg pun x nak bertegur saper. Ape kes.... Nie la realitinya org Melayu Islam kita x sedar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...